Ini sesuatu yang menyentuh hati kami. Dan ia mengingatkan kami, mengapa kita cintakan bola sepak.
Pasukan perhubungan awam (PR) Lionel Messi sedang giat melancarkan kempen untuk mencari identiti kanak-kanak lelaki dalam gambar yang memakai ‘jersi’ Argentina yang tertera nama ‘Messi’ dan nombor ’10’, yang diperbuat daripada beg plastik.
https://twitter.com/messi10stats/status/688389961570103296
Gambar tersebut yang tersebar viral di Twitter menunjukkan imej belakang seorang kanak-kanak lelaki yang menyarung beg plastik berwarna jalur biru dan putih – menyerupai jersi Argentina.
Nama ‘Messi’ dan nombor ’10’ tersebut ditulis dengan menggunakan pen marker berwarna biru pekat.
Akaun Twitter yang memuat naik gambar tersebut merupakan milik peminat pemain Argentina dan Barcelona, Messi10stats.
Menurut pemilik akaun tersebut, beliau telah dihubungi oleh pasukan perhubungan awam (PR) Lionel Messi untuk membantu mereka mencari dan membantu kanak-kanak dalam gambar tersebut.
https://twitter.com/messi10stats/status/689233739012952064
Lokasi gambar tersebut diambil bagaimanapun tidak diketahui. Tetapi menurut Daily Mail, kanak-kanak tersebut mungkin diambil di Dohuk, Iraq – kawasan yang ditinggalkan oleh ribuan keluarga untuk melarikan diri dari serangan ISIS.
Pada tahun lepas, Lionel Messi menderma £315,000 (RM2 juta) kepada badan kebajikan United Nations Children’s Fund (UNICEF).
Sebiji bola yang ditandatangi oleh beliau juga telah dijual pada harga £45,000 (RM282,000) sebelum dana tersebut didermakan kepada UNICEF.
Seperti kisah bapa pelarian Syria menjual pen
Kisah ini mengingatkan kami kepada seorang pelarian Syria di Lubnan yang berubah nasibnya selepas gambarnya tersebar viral di media sosial.
Dalam gambar tersebut, Abdul Halim al-Attar dilihat sedang gigih menjual pen di jalan raya sekitar Beirut sambil memikul anak perempuan yang lena di bahunya.
هذا حساب ناشطون غربيون تم إنشاؤه من أجل اللاجىء السوري "بائع الأقلام"للبحث عنه ومساعدته اتمنى التفاعل معهم@Buy_Pens pic.twitter.com/EjEYLOqOqS
— عبدالعزيز العودة (@Az_Aloudah) August 26, 2015
Selepas gambar beliau tersebar viral, seorang wartawan Norway, Gissur Simonarson memulakan usaha kempen untuk mencari Abdul Halim al-Attar dan memulakan kempen mengumpul derma di Internet.
Kempen tersebut berjaya mengumpul dana sebanyak £120,000 (RM750,000) untuk Abdul Halim al-Attar dan keluarganya.
Meet Abdul and Reem. They are Syrian Refugees living in Beirut, #Lebanon & need your help!http://t.co/LFyCGjosMB pic.twitter.com/QCNXcCEtYJ
— #BuyPens (@Buy_Pens) August 27, 2015
Abdul Halim al-Attar bagaimanapun hanya dapat mengeluarkan 40% daripada keseluruhan wang tersebut ditolak caj pemprosesan PayPal, Indiegogo dan upah mengeluarkan duit kepada kawannya yang boleh mengeluarkan duit di Dubai.
Tetapi wang tersebut masih tetap cukup untuknya menderma £16,000 kepada kawan-kawan dan keluarganya di Syria, serta membuka kedai roti, kedai kebab dan restoran yang memberi peluang pekerjaan kepada 16 pelarian Syria.
Dengan kuasa media sosial, tidak mustahil nasib budak lelaki yang memakai ‘jersi’ Messi ini bakal berubah. Semuanya kerana Lionel Messi dan bola sepak.
Baca juga: Juara Dunia FIFA 16: Messi Takut Lawan Saya, Ronaldo Langsung Tak Pandai Main