Bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi telah melakukan satu perkara yang cukup menyentuh hati sesiapa sahaja.
Baru-baru ini, kapten Argentina itu menggaji para pegawai keselamatan pasukan kebangsaan Argentina semasa lawatan mereka ke Brazil untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan.
Lama tak makan
Semuanya bermula ketika perlawanan yang dilangsungkan di Belo Horinzonte. Ketika itu, Messi sedang berehat di dalam biliknya sebelum perlawanan antara 2 gergasi Amerika Selatan itu bermula.
Tiba-tiba sahaja pintu biliknya diketuk. Messi kemudiannya berlari menuju ke muka pintu untuk melihat siapa yang datang ke biliknya.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Messi terkejut melihat kehadiran 2 individu yang amat dikenalinya.
Wajah-wajah tersebut adalah para pegawai keselamatan pasukan kebangsaan Argentina yang hadir untuk memohon bantuan daripada Messi.
Menurut wartawan Juan Palo Varsky, pegawai keselamatan itu hadir ke bilik Messi untuk meminta Messi memujuk Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) membayar gaji mereka yang sudah lama tidak dibayar.
“Leo, kami ingin bercakap dengan kamu. Sudah 5, 6 bulan gaji kami tak dibayar persatuan. Situasi ini sangat sukar untuk kami.”
“Kamu kapten pasukan, dan kamu kenal kami. Kami harap kamu boleh tolong kami.”
Telefon ayah
Selepas mendengar rintihan dari pegawai keselamatan tersebut, Messi terus mencapai telefonnya.
Pegawai itu berkira-kira yang Messi akan menelefon pihak AFA namun jangkaan itu ternyata meleset.
Messi sebaliknya menelefon bapanya, meminta agar duit gajinya dipindahkan ke akaun para pegawai keselamatan tersebut.
Dalam erti kata lain Messi membayarkan gaji untuk para pegawai keselamatan tersebut menggunakan wangnya sendiri!
Cerita ini telah menjadi bualan hangat komuniti bola sepak, namun Varsky mengatakan Messi sebenarnya tidak mahu berita ini disebarkan.
“Siapa yang bocorkan perkara ini pasti akan membangkitkan kemarahan Messi. Tapi memandangkan cerita ini sudah bocor. Apa boleh buat?”
Masalah kewangan
Disebalik masalah yang menyebabkan pegawai keselamatan skuad kebangsaan Argentina tiada duit untuk makan hampir setengah tahun. Terdapat masalah yang terjadi di AFA.
AFA sedang terpalit dengan kontroversi melibatkan masalah pengurusan wang oleh pegawai atasan.
Hal ini menyebabkan AFA mengalami kerugian berjuta-juta Ringgit.
Masalah ini juga melibatkan mengenai hak penyiaran serta penyelewengan wang yang dilakukan oleh bekas presiden mereka sendiri iaitu Luis Segura (gambar bawah).
Masalah yang dihadapi AFA ini kemudiannya memaksa FIFA untuk campur tangan.
Diharap, masalah yang dihadapi oleh AFA ini boleh dijadikan pengajaran kepada FAM dan FA negeri di seluruh Malaysia agar tidak melakukan penyelewengan dalam pengurusan wang.
Baca juga: 10 Senarai Pilihan Peminat Untuk Memenangi Anugerah Puskas