Lionel Messi: Barcelona Tidak Akan Juarai UCL Jika…

Lionel Messi

Bintang Barcelona, Lionel Messi menggesa barisan pemain kelab tersebut supaya memperbaiki persembahan jika berhajat untuk meraih kejayaan lebih besar pada musim ini.

Pemain kelahiran Rosario itu turut beranggapan Barcelona tidak mampu untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sekiranya mempamerkan aksi seperti ditampilkan ketika kempen musim ini sebelum serangan wabak COVID-19 yang memaksa saingan bola sepak seluruh dunia terpaksa dihentikan buat seketika.

Barcelona yang melayakkan diri ke pusingan 16 UCL telah mencatatkan keputusan seri 1-1 pada aksi pertama selepas Antoine Griezmann menyamakan kedudukan pada minit ke-57 bagi memadam kelebihan dihasilkan Dries Mertens di separuh masa pertama. Perlawanan tersebut berlangsung di gelanggang keramat SS Napoli, San Paolo.

Telah memenangi empat gelaran juara UCL bersama Barcelona, Messi melihat sesuatu perlu dilakukan oleh kelab tersebut dalam usaha muncul juara buat keenam secara keseluruhan buat The Blaugrana.

”Saya langsung tidak pernah meragui skuad yang dimiliki dan saya juga tidak ragu bahawa kami akan menang semua kejohanan.”

Embed from Getty Images

”Tetapi dengan tidak mempamerkan corak permainan seperti yang kami tampilkan sekarang ini,” ujar Messi menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Sekarang, semua orang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri dan mereka ini semuanya saya amat hormati.”

”Saya bercakap atas dasar fakta di mana saya bertuah kerana beraksi di saingan Liga Juara-Juara Eropah pada setiap tahun [musim] dan saya tahu bahawa tidak mungkin kami akan memenanginya dengan cara kami bermain pada ketika ini.”

Kali terakhir Barcelona muncul juara saingan paling berprestij di Eropah itu adalah pada musim 2014/15 selepas berjaya menundukkan Juventus dengan keputusan 3-1 di Berlin.

Ivan Rakitic membuka tirai jaringan seawal minit keempat dan Alvaro Morata kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-55. Luis Suarez kembali meletakkan The Blaugrana di hadapan pada minit ke-68 sebelum Neymar mematikan api perjuangan Juventus di masa kecederaan.

Kredit featured image: Alex Livesey – Danehouse/Getty Images)

Baca artikel lain dari kami mengenai Lionel Messi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN