Lima Tahun Di Malaysia, Adakah KL City Akan Naturalisasikan Paulo Josue?

Paulo Josue KL City
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Ledakan hatrik yang dilakar ketika membantu kemenangan 3-1 Kuala Lumpur City ke atas Penang pastinya menjadi antara detik terindah buat ketua pasukan, Paulo Josue sepanjang beraksi bersama pasukannya.

Apatah lagi keputusan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu juga menamatkan penantian selepas empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan bagi mendaki ke kedudukan keenam Liga Super.

Malah, pemain berusia 32 tahun itu berasa puas apabila gol pertama yang dijaringkan menerusi sepakan percuma menarik pada minit-36 menjadi pencetus di sebalik kemenangan pasukan dan seterusnya memberikan keyakinan kepada rakan sepasukan.

https://twitter.com/KLCityFootball/status/1389956571132690432?s=20

“Gol pertama melalui sepakan percuma antara detik saya tidak boleh lupakan, malah sebelum melakukan rembatan, saya ada berbincang dengan pemain lain apabila melihat kedudukan penjaga gol,” kata Josue kepada Media MFL.

“Mujur sepakan itu kencang dan sukar buat penjaga gol selamatkannya, daripada situ kami mula mendapat keyakinan sebelum dua lagi gol mampu dihasilkan.”

Untuk rekod, ia merupakan hatrik kedua Josue selepas kali pertama melakukannya pada musim 2019 dalam saingan Piala Cabaran, namun beliau lebih gembira kerana kali ini dapat melakukannya dalam saingan Liga Super.

“Kerjasama rakan sepasukan juga membantu kami dalam membendung kekuatan lawan dengan tidak banyak memberikan ruang kepada Danial Ashraf yang dilihat sering kali menjadi pencetus kepada gol kepada Casagrande menerusi tandukan,” katanya lagi

Sejak menyertai skuad ibu kota itu pada 2017, perancang tengah dari Brazil itu telah mengumpul 34 jaringan dengan musim ini beliau telah pun menyumbang tujuh gol untuk meletakkannya selaku penjaring terbanyak pasukan.

Timbul persoalan adakah KL City tidak berhasrat untuk memohon kerakyatan buat kaptennya itu kerana tahun ini beliau sudah pun melepasi syarat beraksi selama lima tahun berturut-turut seperti mana yang telah ditetapkan.

Dengan menjadikannya sebagai pemain naturalisasi, tidak semestinya ia bagi membolehkannya dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya, tetapi supaya beliau boleh disenaraikan sebagai pemain tempatan pada masa akan datang.

Langkah itu tentunya memberi kelebihan buat skuad kendalian Bojan Hodak pada musim hadapan kerana slotnya selaku pemain import boleh diisi oleh pemain import lain.

Dengan umurnya pada waktu ini, mungkin beliau masih mampu untuk memperagakan aksi terbaik sekurang-kurangnya untuk dua atau tiga tahun lagi.

Seorang lagi pemain KL City yang disebut-sebut untuk dinaturalisasikan adalah pemain import dari Columbia, Romel Morales yang telah pun beraksi di negara ini sejak 2018. Beliau sebelum ini pernah beraksi untuk PKNS dan Melaka United.

Kredit Foto: KL City FC

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN