Negeri Sembilan FC (NSFC) sah bergelar juara Liga Premier musim 2021 apabila menundukkan PDRM FC 4-2 di Stadium Paroi pada malam tadi.
Kejayaan muncul juara Liga Premier pada musim ini bermakna skuad rusa akan beraksi di saingan Liga Super pada musim akan datang, setelah kali terakhir beraksi di piramid tertinggi bola sepak negara itu pada musim 2018.
Berikut adalah antara fakta menarik mengenai kejayaan Negeri Sembilan FC merangkul kejuaraan Liga Premier pada musim ini.
Ulangi kejayaan 1991
Kejayaan kelab bola sepak Negeri Sembilan (NSFC) meraih kejuaraan Liga Premier pada musim 2021 berjaya mengulangi kejayaan sama yang mereka lakukan 20 tahun yang lalu.
Berbeza dengan kejayaan yang diraih pada malam tadi yang disahkan selepas menewaskan PDRM FC 4-2, pada ketika itu skuad Negeri Sembilan berhadapan cabaran pasukan Sarawak, dan memerlukan satu mata di perlawanan terakhir musim tersebut.
Aksi yang dinanti-nantikan malam ini. https://t.co/zRKY5IdPcu
— CakapSukan (@CSukan) September 10, 2021
Untuk kejuaraan pada musim ini, Sarawak United sekali lagi menjadi pesaing terdekat NSFC untuk gelaran juara Liga Premier. Namun lawan mereka itu berjaya ditewaskan dalam perlawanan yang turut dihiasi dengan kontroversi kekecohan pada 10 September lalu.
Keputusan tersebut memberikan kelebihan kepada NSFC, dan kemenangan mengesahkan kejuaraan milik mereka pada musim ini tatkala Sarawak United hanya seri 1-1 menentang JDT II pada perlawanan terakhir masing-masing.
Rekod unik Liga Malaysia
Kejayaan NSFC muncul juara Liga Premier pada musim ini turut mencipta rekod unik Liga Malaysia. Ini kerana kapten pasukan juara Liga Super dan juara Liga Premier pada musim ini adalah adik beradik kembar.
Kejayaan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak bersama JDT dan bersama Mohamad Zaquan Adha bersama Negeri Sembilan bermakna adik beradik berusia 34 tahun itu menjadi pasangan kembar pertama yang memenangi kejuaraan liga berbeza sejak Liga Malaysia dijenamakan pada 2004.
Aidil captain JDT – Juara #LigaSuper2021
Zaquan captain N9 – Juara #LigaPremier2021Adik-beradik/kembar masing-masing kapten dan menang liga dengan team berbeza dalam satu musim. 👬
First time in Malaysia League? pic.twitter.com/hTEBzN5CeY
— Taslim Razin (@manarianz5) September 21, 2021
Aidil Zafuan dan Zaquan Adha memulaka karier bola sepak mereka bersama Negeri Sembilan pada 2006. Pernah beraksi bersama ATM dan JDT.
Zaquan bagaimanapun membawa haluan sendiri selepas itu dan pernah menyarung jersi Kedah sebelum kembali ke Negeri Sembilan pada musim ini.
Sentuhan magis K.Devan
Tidak keterlaluan jika kita katakan K. Devan sebagai salah seorang jurulatih paling underated di Liga Malaysia. K. Devan sebenarnya bukan nama asing di dalam bola sepak Negeri Sembilan.
Pernah beraksi bersama pasukan itu pada era semi pro dan profesional, Devan turut pernah membawa Negeri Sembilan merangkul kejuaraan Liga Super pada 2006, dan Piala FA pada 2003.
Sepanjang karier kejurulatihannya juga, ini kali ketiga K. Devan berjaya membawa pasukan dari Liga premier memenangi promosi ke Liga Super selaku juara Liga Premier.
Kali pertama Devan melakukannya ialah pada musim 2000 bersama Negeri Sembilan Cempaka, dan mengulangi kejayaan yang sama bersama Kuala Muda pada musim 2007/08, dan sekali lagi pada musim ini bersama NSFC.
K. Devan turut pernah membawa MISC-MIFA (kini Petaling Jaya City FC) ke saingan Liga Super pada musim 2018 selepas menamatkan saingan musim tersebut di kedudukan ke-3.
Dominasi penuh
Di sebalik saingan sengit dari Sarawak United untuk kejuaraan Liga Premier pada musim ini, NSFC sebenarnya mendominasi hampir keseluruhan musim Liga Premier di kedudukan teratas.
Dari 21 pusingan Liga Premier, NSFC berada di kedudukan teratas dalam 12 pusingan. Sarawak United pula hanya berada di atas dalam tujuh pusingan sementara dua pusingan lagi menyaksikan Terengganu FC II pernah berada di kedudukan teratas Liga Premier.
ROAD TO GLORY 🏆
Beginilah kedudukan Negeri Sembilan FC, Sarawak United FC dan Terengganu FC II sepanjang musim Liga Premier 2021 menjelang aksi penentuan juara liga esok! 🤩#LigaPremier2021 pic.twitter.com/Kn9D58j9pJ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 20, 2021
Secara keselutuhan, NSFC menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan teratas dengan kutipan 41 mata hasil 12 kemenangan dan lima seri.
Statiktik pemain
Anugerah kasut emas mungkin tidak menjadi milik pemain NSFC walaupun muncul juara Liga Premier pada musim ini.
Hakikatnya NSFC bukanlah pasukan dengan paling banyak gol di Liga Premier pada musim ini. Skuad kendalian K. Devan hanya menghasilkan 33 gol, berbanding JDT yang menghasilkan 38 gol.
Alain Thierry Akono adalah penjaring terbanyak NSFC pada musim ini dengan 9 gol, diikuti oleh Zaquan Adha dengan 7 gol.
Namun demikian mereka boleh berbangga dengan kemampuan penjaga gol muda, Damien Lim Chien Kai, apabila hanya dibolosi 16 gol, dan merekodkan 9 clean sheets pada musim ini.
Ini menjadikan bahagian pertahanan NSFC tampil sebagai yang kedua paling ampuh di belakang Sarawak United yang dibolosi 14 gol.
Penutup
Tahniah buat Negeri Sembilan FC untuk kejuaraan mereka pada musim ini.
” Hoben jang hoben.”