Lima Pemain Yang Tak Dihargai Oleh Penyokong Sendiri

Sudah menjadi lumrah untuk para peminat meminta macam-macam dari kelab dan pemain, dan sebagai balasannya mereka akan beri penghormatan kepada sesiapa yang dirasakan telah memberikan yang terbaik.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir pemain yang tak dapat penghormatan dari para peminat atas beberapa alasan yang tertentu.

Pemain sangat diharapkan untuk membina ikatan yang baik dengan penyokong kelab, baik melalui media sosial, mahupun dengan aksi di atas padang.

Namun apa yang pasti ia bukanlah satu hal yang mudah untuk dilakukan, dan tidak semua pemain mampu untuk memenangi hati para penyokong.

Tidak ada pemain yang lebih besar dari kelab, dan kenyataan itu sememangnya sering didengari dan diungkapkan oleh para penyokong sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara gaya rambut Pogba ketika kariernya di Old Trafford

Dengan pemain yang menunjukkan sikap diva, ejen seperti Mino Raiola yang menggunakan kuasa serta melanggar habis segala perjanjian yang ada, membuatkan hubungan pemain dengan penyokong semakin jauh.

Oleh yang demikian, berikut merupakan senarai lima pemain yang tidak dihormati dan tidak dihargai oleh para penyokong mereka sendiri.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1418798588801519619?s=19

5) Granit Xhaka (Arsenal)

Dengan Granit Xhaka ketika ini sudah menghampiri pintu untuk keluar dari Emirates, beliau akan meninggalkan kelab dengan pelbagai kenangan.

Hubungan beliau dengan para penyokong Arsenal jelas tidak begitu baik dengan Xhaka dianggap sebagai pemain paling dibenci di Emirates.

Pemain kebangsaan Switzerland itu menyertai Arsenal dari Borussia Monchengladbach pada tahun 2016 dengan yuran perpindahan bernilai £40.5 juta.

Beliau jelas merupakan seorang pemain yang sangat berbakat namun begitu, sikap yang beliau tunjukkan sepanjang kariernya sebagai pemain Arsenal sering dipertikaikan oleh peminat.

Gaya permainan beliau yang aggressif sepertinya menjadi salah satu faktor mengapa para peminat sering merasa kecewa terhadapnya.

Pada tahun 2019, pengurus Arsenal ketika itu, Unai Emery telah melantik Xhaka sebagai ketua pasukan. Walau bagaimanapun, sebulan sahaja selepas itu beliau sudah mempunyai masalah dengan para penyokong.

Selepas aksi bertemu Crystal Palace yang memperlihatkan Granit Xhaka mempunyai masalah dengan para penyokong, pihak kelab telah menarik semula lilitan ketua pasukan darinya.

Dek kerana mempunyai kualiti hantaran yang sungguh mengagumkan, bekas pemain Basel itu telah menjadi salah seorang pemain terpenting untuk skuad Arsenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelas sekali para penyokong Arsenal tidak akan terganggu dengan pemergian Xhaka pada musim panas ini.

4) Paul Pogba (Manchester United)

Kontroversi melibatkan Paul Pogba telah tercetus sejak kembalinya beliau ke Old Trafford dari Juventus pada 2016 yang lalu dengan yuran perpindahan memecah rekod dunia bernilai £94.5 juta.

Beliau dianggap sebagai antara pemain yang paling berbakat ketika awal kariernya bersama Manchester United, namun telah melengkapkan perpindahan secara percuma ke Juventus pada tahun 2012.

Beliau kemudiannya berjaya mempamerkan aksi sebenarnya di Turin dan meletakkan namanya sebagai salah seorang pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak.

United kemudiannya terpaksa membayar nilai yang sangat tinggi untuk membawanya kembali pulang ke Old Trafford pada tahun 2016, dengan Real Madrid dan Barcelona turut berusaha mendapatkan bintang Perancis itu pada masa yang sama.

Karier keduanya di Old Trafford telah mencetuskan pelbagai kontroversi terutamanya berkait masa depan beliau.

Walaupun pemenang Piala Dunia itu sering menunjukkan aksi berkelas dunia dan beraksi dengan sangat cemerlang, beliau sering dikritik dan dikecam teruk oleh para peminat.

Cara kehidupan dan kekerapan beliau menukar gaya rambutnya tidak diterima dengan baik oleh para peminat Manchester United.

Ramai yang percaya beliau seharusnya boleh memberikan yang lebih baik untuk kelab dan aksi yang beliau pamerkan tidak berada ditahap yang terbaik.

Dengan berbaki setahun sahaja dalam kontraknya, ramai peminat yang beranggapan bahawa pihak kelab seharusnya melepaskan Paul Pogba pada musim panas ini.

Paris Saint Germain antara pasukan yang paling berminat untuk mendapatkan Pogba, namun hal itu tidak diterima dengan baik oleh penyokong PSG.

3) Jorginho (Chelsea)

Setiap kali seseorang pengurus itu gagal atau tidak mampu mencapai tahap yang dikehendaki, para pemain yang beliau tandatangani akan menjadi mangsa dikritik teruk oleh para peminat.

Di Manchester United, Marouane Fellaini merupakan contoh pemain seperti itu. Beliau ditandatangani oleh David Moyes yang dianggap gagal ketika mengurus kelab.

Walaupun beliau boleh dianggap sebagai pemain yang paling berfungsi dan berprestasi, namun kerana kegagalan pengurus, beliau turut menerima tempias dikecam oleh para peminat.

Jorginho di Stamford Bridge seperti menanggung nasib yang sama, dengan beliau sering dikecam oleh peminat kerana menjadi pemain yang dibawa oleh Maurizio Sarri.

Pemain kebangsaan Itali itu telah ditandatangani oleh Sarri ketika kariernya sebagai pengurus The Blues, namun corak permainan yang diterapkan oleh bekas pengurus Juventus itu tidak diterima dengan baik oleh peminat.

Sarri telah meninggalkan kelab selepas hanya satu musim sahaja menjadi pengurus, sementara Jorginho masih kekal di Stamford Bridge dan terus menerus dikecam oleh peminat.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu Chelsea memenangi gelaran Champions League musim lalu.

Beliau juga merupakan pemain terpenting dan paling berprestasi ketika membantu Itali menjuarai saingan Euro 2020 baru-baru ini.

Para penyokong Chelsea juga dilihat sudah meletakkan Jorginho sebagai salah seorang pemain kesayangan mereka dengan bintang Itali itu dilihat semakin dihargai di Stamford Bridge.

Walau bagaimanapun, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Jorginho mungkin akan meninggalkan Chelsea pada musim panas ini untuk menyertai Sarri.

2) David Beckham (England)

David Beckham merupakan ikon sukan dan antara legenda terhebat sepanjang zaman Manchester United dan skuad kebangsaan England.

Namun begitu, semuanya jadi serba tak kena selepas berakhirnya Piala Dunia edisi 1998. Dalam pusingan kedua kejohanan tersebut, Beckham telah dilayangkan kad merah kerana mengasari bintang Argentina ketika itu, Diego Simeone.

Selepas Beckham dibuang padang, skuad England dilihat serba tak menjadi dengan mereka tewas dalam perlawanan itu menerusi penentuan sepakan penalti.

Beckham tidak dinafikan pada ketika itu menerima kecaman yang sangat teruk dari para peminat, bahkan beliau turut menerima ugutan maut dari para penyokong.

Media Inggeris juga langsung tak bagi muka pada bintang Manchester United itu dengan beliau terus menjadi mangsa kecaman dalam tempoh beberapa tahun selepas insiden tersebut.

Pada tahun 2000, Beckham telah ‘diboo’ oleh para penyokong ketika aksi perlawanan bertemu Portugal.

Walau bagaimanapun, pemain muda Manchester United itu telah dilantik untuk menjadi ketua pasukan oleh pengurus England pada ketika itu, Sven-Goran Eriksson.

Pada tahun 2001, England perlu mencatatkan keputusan seri bertemu Greece untuk mara ke Piala Dunia 2002. Dengan The Three Lions ketinggalan 2-1, Beckham berjaya menjadi wira negara.

Beliau berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang cukup cantik, seterusnya memenangi semula hati para penyokong England.

1) Gareth Bale (Real Madrid)

Di atas kertas, Gareth Bale telah melalui karier yang sungguh cemerlang sepanjang tempoh beliau menjadi pemain Real Madrid.

Beliau menyertai Los Blancos dari Tottenham Hotspur pada tahun 2013 dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £90.9 juta.

Pemain kebangsaan Wales itu membuat 250 penampilan dalam semua pertandingan bersama Real Madrid, dan telah menjaringkan 104 gol serta mencatatkan 68 assists.

Bale juga turut berjaya membantu Real Madrid memenangi empat gelaran Champions League dan dua gelaran La Liga.

Apa yang pasti, beliau jelas menjadi pemain terpenting ketika membantu Real Madrid memenangi Piala sejak awal beliau ditandatangani.

Walau beliau begitu banyak menyumbang untuk kelab, namun Bale tidak dihargai dan dihormati oleh para penyokong Real Madrid.

Beliau kerap ‘diboo’ oleh para penyokong dan komitmen beliau untuk kelab turut sering dipertikaikan oleh para peminat.

Tidak mengejutkan untuk melihat Bale dipinjamkan ke Tottenham Hotspur pada musim lalu, dengan para peminat sememangnya tidak mahu melihat beliau di Santiago Bernabeu.

Masa depan bintang berusia 32 tahun itu bersama Real Madrid juga sepertinya sudah hampir ke penghujung, dan beliau masih gagal untuk memenangi hati para penyokong.

Sumber: SK

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN