Lima Kelab Jepun Buru Khidmat Luqman Hakim

Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada mengesahkan 5 kelab Jepun telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin berdasarkan prestasinya dalam kejohanan Piala Sanix minggu di Fukuoka minggu lepas.

Beliau berkata, pihaknya akan mengumpulkan data dan video aksi pemain itu untuk diberikan kepada wakil kelab tersebut untuk dinilaikan sebelum membuat tawaran rasmi.

“Saya rasa ini adalah berita yang baik untuk Luqman. Saya mendapat berita ada lima pasukan liga Jepun yang bertanyakan mengenai dia.

“Mereka tertarik dan mahu melihat sendiri prestasi individu dari Luqman. Saya akan kumpulkan semua data dan video prestasi Luqman secara individu untuk diberikan kepada mereka.

“Apapun semuanya terpulang kepada Luqman sekiranya dia ingin bermain di sini,” katanya dalam Harian Metro.

FOTO: Yakult/Wawan Faiz

Bekas penjaring terbanyak AFC B-16 itu menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang tersenarai dalam kesebelasan terbaik Piala Sanix 2019. Dia telah terpilih dalam kalangan ratusan bakat muda yang hebat dan paling menarik, beliau telah dipilih sendiri oleh ketua jurulatih kelab-kelab yang bertanding.

Difahamkan, satu daripada lima kelab yang sedang intai khidmat Luqman Hakim adalah daripada saingan divisyen satu (J1) manakala selebihnya pasukan J2 yang diketahui memiliki tahap kualiti tinggi berbanding liga lain di benua Asia.

Hamada turut menjelaskan pihak Yakult sedia membantu Luqman mendapatkan tempat beraksi dengan kelab di negara matahari terbit itu sepertimana mereka membantu Hadi Fayyadh menyertai kelab J2, Fagiano Okayama.

“Kami bukan ejen bola sepak, kami hanya membantu mana-mana pemain Malaysia yang berminat dan layak untuk mendapat tempat di sini,” katanya.

Sementara itu, Luqman Hakim sedia berkelana ke luar negara jika mendapat tawaran rasmi daripada kelab tersebut.

“Saya akan sentiasa fokus dengan karier saya dan sekiranya ada pasukan luar berminat mendapatkan khidmat saya, saya akan terima dan mencuba yang terbaik. Cita-cita saya sememangnya untuk bermain di luar negara untuk meningkatkan lagi prestasi dan perbaiki diri saya sendiri,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN