5 Calon Paling Layak Tetapi Tidak Tercalon Untuk Menerima Anugerah Ballon D’or

Lima calon paling layak tetapi tidak tercalon untuk menerima anugerah Ballon D’or 2021.

Senarai pendek 30 pemenang untuk menerima anugerah Ballon D’or 2021 telah diumumkan oleh France Football malam semalam.

Pemain kegemaran seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Robert Lewandowski dan Jorginho berjaya menempatkan nama mereka dalam senarai tersebut.

Walau bagaimanapun, ada beberapa nama besar dan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh bagus, namun nama mereka tidak tercalon dalam senarai tersebut.

Para pemain ini sebenarnya telah menunjukkan aksi persembahan yang sangat mengagumkan bersama kelab mahupun negara masing-masing.

Mereka memainkan peranan penting setiap kali diturunkan dan tidak keterlaluan untuk menganggap barisan pemain ini merupakan nadi untuk skuad masing-masing.

Berikut merupakan senarai lima pemain yang sepatutnya layak untuk berada dalam senarai 30 calon penerima anugerah Ballon D’or, namun tidak tersenarai.

5) Casemiro (Real Madrid/Brazil)

Casemiro tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain defensive midfielder terbaik dalam dunia bola sepak hari ini.

Beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang tahun ini bersama Real Madrid dan skuad kebangsaan Brazil.

Beliau mampu mematahkan serangan lawan, dan turut cemerlang membantu jentera serangan dalam merencana serangan ke kubu lawan.

Beliau juga merupakan antara pemain yang senantiasa akan diberi kepercayaan untuk turun beraksi kerana Casemiro jelas dianggap nadi pasukan.

Beliau juga merupakan ketua pasukan untuk skuad kebangsaan Brazil, dan persembahan Casemiro sepanjang tahun ini sepatutnya melayakkan beliau untuk turut berada dalam senarai 30 calon untuk memenangi anugerah Ballon D’or.

Kehadiran Casemiro di atas padang akan memberi ruang kepada Toni Kroos, Luka Modric dan barisan pemain Real Madrid yang lain untuk bergerak lebih bebas.

https://twitter.com/KamyMadridista/status/1444621634048905224?t=7AL8CmB3sv4qwyWEyMOIfA&s=19

Pemain kebangsaan Brazil itu tidak dinafikan lagi sememangnya pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak pada ketika ini, dan agak mengejutkan untuk melihat nama beliau tercicir dari senarai tersebut.

4) Emi Martinez (Aston Villa/Argentina)

Kejayaan Argentina menjuarai saingan Copa America 2021 telah menjadikan Lionel Messi sebagai calon kegemaran untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah Ballon D’or tahun ini.

Walau bagaimanapun, salah seorang pemain lain yang paling berprestasi dan dianggap nadi penting dalam membantu kejayaan Argentina sebenarnya adalah, Emiliano Martinez.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu kerap melakukan aksi penyelamatan penting dan turut menjadi wira kemenangan Argentina ketika aksi penentuan sepakan penalti bertemu Colombia di peringkat separuh akhir.

Beliau juga tidak dinafikan lagi sememangnya antara penjaga gol terhebat dunia pada ketika ini, dan Martinez sudah mula mempamerkan persembahan mantap seperti ini sejak dari tahun lalu lagi.

Mampu memberi arahan dari dalam kotak dan turut cemerlang menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi lawan.

Martinez merupakan wira untuk Aston Villa dan Argentina sejak dua tahun terakhir ini, dan jelas sekali agak mengejutkan untuk melihat nama beliau tercicir dari senarai 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or.

3) Federico Chiesa (Juventus/Italy)

Lima pemain Itali berjaya untuk masuk ke dalam senarai 30 calon pemenang untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini, namun sepertinya satu nama penting telah tercicir.

Bintang Juventus, Federico Chiesa merupakan pemain penyerang yang mempunyai kelajuan yang sungguh mengagumkan.

https://twitter.com/blvckgianni/status/1446552062146273284?t=hBnMafHRRhFXZxCpZUiW5Q&s=19

Bintang berusia 23 tahun itu mampu membuat larian pantas sambil menggelecek dan turut cemerlang dalam memberikan masalah kepada barisan pertahanan lawan.

Chiesa juga memainkan peranan penting dalam membantu Itali menjuarai saingan Euro 2020, dengan beliau menjaringkan gol penting ketika aksi peringkat separuh akhir.

Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya pemain terbaik Juventus pada ketika ini, dan bintang Itali itu jelas sekali berhak untuk merasa kecewa kerana namanya tercicir dari senarai pendek calon pemenang anugerah Ballon D’or.

Andai Chiesa terus kekal mempamerkan aksi persembahan yang sama, beliau jelas sekali akan berada dalam senarai lima teratas untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun hadapan.

2) Jan Oblak (Atletico Madrid/Slovenia)

Atletico Madrid sekali lagi berjaya mengatasi Real Madrid dan Barcelona pada musim lalu dalam saingan La Liga.

Luis Suarez jelas memainkan peranan penting dalam membantu Atletico untuk muncul sebagai Juara saingan La Liga, dengan menjadi penjaring gol utama.

Namun, antara pemain lain yang sepatutnya diberi perhatian lebih tentunya penjaga gol mereka, Jan Oblak yang cemerlang menjaga gawang gol Atletico dengan sangat baik sepanjang musim lalu.

Beliau tidak dinafikan lagi antara penjaga gol paling konsisten dalam dunia bola sepak, dan turut dianggap antara penjaga gol terhebat dunia sejak tiga ke empat tahun sebelum ini.

Beliau berjaya memenangi La Liga Zamora Trophy pada tahun 2021, dengan bintang Slovenia itu tidak diragukan lagi antara pemain terpenting dalam sistem kendalian Diego Simeone.

Sama seperti Emi Martinez, Oblak turut tercalon dalam senarai pendek untuk memenangi anugerah Yachine Trophy, namun kerana melihatkan nama beliau tercicir dari senarai pendek 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or, ia sedikit mengecewakan.

1) Thomas Muller (Bayern Munich/Germany)

Robert Lewandowski tidak diragukan lagi sememangnya antara pemain terpenting Bayern Munich pada musim lalu.

Namun aksi dan persembahan Thomas Muller sepanjang tahun 2021 ini juga tidak boleh dipandang rendah, dengan beliau kerap mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan.

Pemain kebangsaan Jerman itu berjaya menjaringkan 11 gol dan turut mencatatkan 19 assists dari 33 penampilan dalam saingan Bundesliga pada musim lalu.

Kebijaksanaan beliau dalam merencana gerakan, membuka ruang untuk pemain seperti Gnabry dan Lewandowski jelas sekali satu hal yang sungguh mengagumkan.

Musim ini, Thomas Muller telah kembali menyambung persembahan hebatnya pada musim lalu, dengan beliau sudah terlibat dengan empat gol Bayern Munich dari tujuh penampilan dalam saingan Bundesliga.

Beliau juga merupakan pemain paling disayangi oleh para penyokong Bayern Munich dan dianggap legenda dalam dunia bola sepak Jerman.

Bintang berusia 32 tahun itu jelas sekali telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat cemerlang sejak 12 bulan terakhir ini.

Namun melihat nama beliau tidak tersenarai dalam senarai pendek 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or ini, jelas sekali agak mengecewakan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN