Lim Teong Kim Umum 23 Pemain Malaysia Ke Kejohanan AFC B-16

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan barisan 23 pemain skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) yang dipilih oleh Ketua Jurulatih, Lim Teong Kim untuk membawa cabaran negara pada Kejohanan AFC B-16 dari 20 September hingga 7 Oktober 2018 di Kuala Lumpur.

Lebih menarik, anak kepada bekas kapten skuad Harimau Malaya, Kaironnisam Sahabuddin iaitu Firdaus Kaironnisam turut terpilih mewakili negara dan kebanyakan pemain daripada skuad ini merupakan skuad elite daripada program pembangunan bola sepak negara (NFDP).

Senarai pemain skuad bawah 16 tahun negara.

Skuad B-16 kebangsaan yang disasarkan untuk layak ke separuh akhir diundi dalam Kumpulan A dan akan memulakan kempen berdepan Tajikistan pada Khamis, 20 September 2018 diikuti aksi menentang Thailand pada Ahad, 23 September 2018 dan bertemu Jepun pada Rabu, 26 September 2018.

Ketiga-tiga perlawanan berkenaan dijadual berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan waktu sepak mula sama iaitu jam 4.30 petang.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan A, Malaysia akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan B (DPR Korea, Oman, Yemen atau Jordan) di suku akhir pada 30 September 2018 (Ahad) di Stadium Nasional, 4.30 petang (jika muncul juara Kumpulan A) atau di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya, 8.45 malam (jika muncul naib juara Kumpulan A).

Infografik daripada FAM

Seterusnya, perlawanan separuh akhir bakal berlangsung pada Khamis, 4 Oktober 2018 di Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya. Final pada Ahad, 7 Oktober 2018 di Stadium Nasional.

Selain Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, satu lagi gelanggang kejohanan ialah di Arena Universiti Malaya (UM Arena), Kuala Lumpur.

Tiket bagi setiap perlawanan di ketiga-tiga venue berharga RM10 dewasa (tempat duduk terbuka) dan RM5 kanak-kanak. Namun bagi perlawanan di Stadium Nasional, tiket turut dijual bagi kategori VIP iaitu RM20 dan grandstand RM15. Tiket akan dijual pada hari perlawanan di kaunter tiket stadium masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN