Lim Teong Kim: “Projek NFDP Tidak Gagal, Ini Baru Percubaan Pertama!”

Lim Teong Kim

Ketua jurulatih skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Lim Teong Kim menafikan sekeras-kerasnya bahawa Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) telah gagal sepenuhnya selepas pasukan bimbinganya tidak berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia B-17 di Peru, hari ini.

Pelbagai pihak termasuk para penyokong bola sepak tanah air mengkritik kegagalan pasukan itu kerana ratusan juta ringgit sudah dibelanjakan untuk program berkenaan sejak empat tahun lalu.

Teong Kim turut menegaskan program NFDP masih berada di landasan yang betul dan ia memerlukan masa yang panjang dalam usaha untuk melahirkan pemain yang berkualiti dari peringkat akar umbi.

B-16

“Saya menilai bukan setakat keputusan tetapi persembahan yang ditunjukkan pemain. Adakah anda pernah lihat Malaysia menunjukkan aksi seperti pemain B-16?

“Ini bukan kegagalan sebaliknya percubaan pertama kita. Jadi, kita perlu meneruskan kerja ini sehingga kita berjaya dan bukannya setakat satu percubaan dan kemudiannya kita berhenti.

“Sasaran ke Piala Dunia B-17 hanyalah matlamat jangka pendek. Berdasarkan keputusan, saya akui itu bukanlah keputusan yang baik tetapi ini adalah pembangunan pemain, jadi nilailah mereka berdasarkan persembahan.

“‘Matlamat jangka panjang adalah melahirkan pemain yang berkualiti untuk skuad kebangsaan pada masa akan datang. Kita perlu terus membangunkan pemain dan tidak boleh berhenti setakat di sini,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP)

Mengulas mengenai kekalahan kepada skuad Jepun sebentar tadi, Teong Kim berpendapat anak buahnya sudah melakukan yang terbaik dan berbangga dengan semangat juang tinggi mereka.

“Mereka tetap bersemangat untuk mencari gol selepas dibolosi hasil kesilapan mudah dan tidak berputus asa. Saya bangga dengan apa yang ditunjukkan pemain saya.

“Jepun dibarisi pemain yang lebih baik secara teknikal dan taktikal namun pemain saya dapat memberikan cabaran yang sengit kepada lawan,” katanya.

Khidmat Lim Teong Kim sebagai jurulatih skuad negara kini ditamatkan serta-merta selepas setiausaha agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalinggam membuat pengumuman tersebut di laman facebook rasmi.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Abu Bakar turut menyerahkan surat perletakan jawatan selepas tamat perlawanan menentang Jepun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN