Lim Teong Kim Dikurniakan Gelaran Datuk

Datuk Lim Teong Kim

Jurulatih Perak yang juga bekas pemain kebangsaan, Lim Teong Kim kini telah bergelar Datuk selepas dikurniakan gelaran tersebut hari ini.

Teong Kim dikurniakan anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara.

Penganugerahan anugerah itu membolehkan Teong Kim kini bergelar Datuk sebaris dengan nama-nama lain iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan, Datuk Ong Kim Swee dan Datuk Dollah Salleh.

Menurut Astro Awani, Teong Kim merupakan sebahagian daripada ahli sukan yang menerima pengiktirafan tersebut disamping ratu boling negara, Shalin Zulkifli (boling) dan Syahrul Azman Mahen Abdullah (bina badan).

Teong Kim ketika era bermain adalah salah seorang daripada bintang untuk pasukan Kuala Lumpur satu ketika dahulu apabila beliau bermain pada 1984 hingga 1986.

Namun selepas berhijrah ke Jerman selama setahun, beliau kembali ke Kuala Lumpur dan bermain bersama-sama skuad Warga Kota sehingga tahun 1991.

Bersama-sama skuad kebangsaan, Teong Kim pernah memenangi gelaran pingat emas Sukan SEA pada 1989 yang ketika itu merupakan kejayaan terakhir negara dalam acara tersebut sebelum merangkulnya semula pada 2009.

Sekalung tahniah Semuanya BOLA ucapkan buat Datuk Lim Teong Kim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN