Lille tawarkan penyokong wanita mereka tiket percuma menjelang perlawanan Ligue 1 mereka akan datang.
Hal ini berlaku akibat insiden kontroversi yang terjadi ketika perlawanan diantara satu lagi kelab Ligue 1, Olympique Lyonnais baru-baru ini.
“Lelaki di stadium, wanita di dapur”
Insiden itu berlaku apabila ketika perlawanan melibatkan Olympique Lyonnais ketika aksi perlawanan mereka yang lalu.
Insiden kontroversi itu berlaku apabila penyokong Olympique Lyonnais menayangkan kain rentang yang menghina wanita.
Dalam kain rentang itu, terdapat gambar lelaki tertulis “stade” yang membawa maksud stadium.
Manakala kain rentang satu lagi terdapat gambar wanita yang tertulis “cuisine” yang bermaksud dapur di dalam bahasa Perancis.
Maksudnya kedua-dua kain rentang tersebut adalah “lelaki tempatnya di stadium, dan wanita tempatnya hanyalah di dapur.”
Ia secara tak langsung menghina kaum wanita dengan seolah-olah mereka tidak boleh menyertai kaum lelaki di stadium untuk menonton perlawanan bola sepak.
Apa yang janggalnya, ia datang dari penyokong Olympique Lyonnais. Hal ini kerana, skuad bola sepak wanita Olympique Lyonnais merupakan juara Ligue 1 sebanyak 14 kali!
Ia telah menimbulkan persoalan dari kapten skuad wanita mereka iaitu Wendie Renard. Beliau telah mempersoalkan tindakan penyokong pasukannya yang menayangkan kain rentang tersebut.
Beliau menulis di laman Twitter dengan bertanya, “Penyokong Lyon, boleh saya dapatkan penjelasan kalian mengenai kain rentang tersebut? Lelaki di stadium, wanita di dapur?”
le club va sévir et portera plainte contre l'auteur de cette banderole : déplacée et heureusement relayée par 1 individu identifié
— Jean-Michel AULAS (@JM_Aulas) January 29, 2017
Persoalan Renard itu terus mendapat perhatian Presiden Olympique Lyonnais – Jean Michel Aulas.
Aulas pula membalas persoalan Renard itu dengan berkata pihak kelab akan menjalankan siasatan terperinci mengenai apa yang terjadi mengenai kes tersebut.
Lille tawar tiket percuma
Disebabkan apa yang terjadi akibat perbuatan Olympique Lyonnais itu, kelab Lille mengambil langkah proaktif untuk mengajak penyokong wanita mereka ke stadium mereka.
Lille mengajak penyokong wanita mereka untuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Ligue 1 diantara Lille menentang Lorient.
“Wanita sekalian, anda dijemput hadir ke stadium untuk sertai kami.”
Mesdames, chez nous vous êtes les bienvenues ! 😜
➡️ https://t.co/dcEBJIwAy7 pic.twitter.com/YP3qzUram5
— LOSC (@losclive) January 31, 2017
Satu tindakan terpuji dari Lille. Ya memang sukan bola sepak dipelopori oleh lelaki, tetapi janganlah kita pinggirkan wanita bila mereka mahu sertai kita.
Baca juga: Sungai Ara FC & DYS FC Tarik Diri Dari Saingan Piala FA Malaysia