Romelu Lukaku dan Zlatan Ibrahimovic bertembung dalam insiden panas antara satu sama lain dalam perlawanan derbi Milan pada awal pagi tadi.
Ketika insiden berlaku, AC Milan sedang mendahului Inter Milan 1-0 dalam saingan suku akhir Coppa Italia hasil jaringan minit ke-31 Ibrahimovic.
Lukaku and Ibrahimovic are choosing to cuss other out in English so you know it's real… pic.twitter.com/XwNTWUgHOE
— Carl Anka (@Ankaman616) January 26, 2021
Namun sebelum tamat babak pertama perlawanan, kedua-dua pemain terlibat dengan pergaduhan yang bermula dari perang mulut sehingga mencetuskan keadaan yang sukar dikawal di San Siro.
Lukaku tanpa rasa takut tidak teragak-agak menuju bekas rakan sepasukan Manchester United beliau itu dan berlaga kepala dengan pemain dari Sweden itu.
Some very spicy words exchanged between Lukaku and Ibrahimović in the Milan derby tonight 👀
Who’s your money on? pic.twitter.com/m3ObnEEEcH
— FootballJOE (@FootballJOE) January 26, 2021
Ketiadaan penyokong di dalam stadium menyebabkan suara pertengkaran jelas kedengaran. Ibrahimovich jelas kedengaran menjerit, “pergilah buat sihir (voodoo) mengarut kamu itu wahai keldai,” ke arah Lukaku.
Kebanyakan pemain lain cuba meleraikan kedua-duanya, tetapi Lukaku menolak semua mereka untuk sekali lagi bersemuka dengan Ibrahimovich.
Pengadil kemudiannya meniup wisel untuk menamatkan babak pertama untuk menenangkan keadaan.
Meanwhile in the Milan Derby, Romelu Lukaku and Zlatan Ibrahimovic had a war of words just before halftime. 👀https://t.co/5IgR9Yypa3
— Kawowo Sports (@kawowosports) January 26, 2021
Ibrahimovich kemudian menghilangkan diri ke terowong pemain, tetapi Lukaku tetap cuba mengejar pemain itu dan menjerit: “Saya akan #### kamu dan isteri.”
Tatkala semua pemain mahu kembali ke bilik persalinan, Lukaku berterusan terpaksa ditenangkan oleh pegawai pasukan.
Lukaku sebenarnya marah kerana Ibrahimovic tidak dilayangkan kad merah apabila mereka berdua berlaga kepala.
Tensions rising between Zlatan and Lukaku in the Milan derby 😳 pic.twitter.com/mbPDw32yn3
— Football on TNT Sports (@footballontnt) January 26, 2021
Perlawanan bersambung pada babak kedua, dan Zlatan Ibrahimovic akhirnya dilayangkan kad merah selepas kerana kekasaran terhadap Aleksandar Kolarov.
Lukaku kemudiannya menjaringkan gol penyamaan untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir.
Pergaduhan di antara Lukaku dan Ibrahimovic bukan berlaku secara tiba-tiba kerana sebelum ini turut pernah bertengkar di media sosial.
https://youtu.be/VQ3-0zSPzwU
Kedua-dua pemain bintang itu bersaing untuk menjadi pemain terhebat di Milan dan persaingan itu turut diheret ke dalam padang.
Lukaku pernah menulis di Instagram: “Kini sudah ada Raja Baharu di bandar ini,” pada Februari tahun lalu selepas Inter Milan menewaskan AC Milan 4-2.
Ibrahimovic terpaksa menunggu sehingga lapan bulan untuk menunggu peluang membalas dendam atas kekalahan itu, dan turut tidak melupakan sindiran dari Lukaku.
“Milano tidak pernah ada raja. Mereka hanya ada Tuhan,” balas Ibrahimovic di Instagram.