Umpama ‘letupan’, itu deskripsi tentang gol Ikhsan Fandi, penyerang kelab Thai League 1, BG Pathum United ketika menang 4-0 ke atas Kitchee SC.
Mereka muncul sebagai kelab pertama Asia Tenggara yang berjaya mara ke peringkat suku akhir AFC Champions League (ACL) 2022, petang semalam.
Cemerlang di peringkat kumpulan dengan memenangi tiga perlawanan dan tiga keputusan seri, kemenangan petang semalam juga bermaksud BG Pathum belum lagi alami kekalahan di pertandingan ACL pada edisi kali ini.
BG UPDATE : วรชิต กนิตศรีบำเพ็ญ, อิคซาน ฟานดี้, ธีรศิลป์ แดงดา และ ฉัตรมงคล ทองคีรี ซัดคนละประตู ช่วย #บีจีปทุมยูไนเต็ด เอาชนะ คิตฉี เอสซี 4-0 ทะลุเข้ารอบ 8 ทีมสุดท้าย เอเอฟซี แชมเปี้ยนส์ลีก 2022 https://t.co/Cz1lPkRqND#BGPATHUMUNITED#BGPU #ACL2022 #AFC#AFCChampionsleague2022 pic.twitter.com/kKKMrzFT7a
— BGPU OFFICIAL (@bgpuofficial) August 19, 2022
Kelab itu turut mencipta sejarah tersendiri dalam landskap arena bola sepak Thailand apabila berjaya melayakkan diri sebagai lapan kelab terbaik Asia di pertandingan ACL sepanjang sejarah penubuhan kelab itu – sejak 2006.
BG Pathum mendahului aksi babak pertama dengan kedudukan 2-0 hasil gol Worachit Kanitsribumphen dan Ikhsan Fandi. Kitchee merupakan wakil Hong Kong dalam saingan ACL dilihat gagal menyaingi ‘The Rabbits’.
Teerasil Dangda dan Chatmongkol Tongkiri menambah perit ‘The Bluebirds’ apabila meledak jaringan di babak kedua, menutup kebangkitan lawan.
Perlawanan pusingan 16 terbaik antara kedua-dua pasukan tersebut berlangsung di lokasi yang sama di mana Johor Darul Ta’zim (JDT) longlai dibelasah Urawa Reds pada sebelah malamnya. Saitama Stadium menjadi tuan rumah untuk pusingan kalah mati ACL 2022 bagi zon Asia Timur.
Namun, jaringan pembukaan perlawanan hanya terhasil selepas setengah jam aksi berlangsung apabila Worachit memanfaatkan kesilapan penjaga gol, Wang Zhenpheng yang gagal membaca gerakan bola ketika berdepan dalam situasi satu lawan satu dengan pemain tengah itu, di minit ke-34.
https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1560552167190056960
Lima minit berselang, tiba giliran Ikhsan Fandi meledak gol yang sangat menarik umpama ‘letupan’ saat menerjah jaring Kitchee. Melewati kawalan dua pertahanan lawan, anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad itu melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti, menewaskan Wang.
Teerasil menjadikan kedudukan 3-0 apabila mudah menolak masuk bola pada minit ke-68 sebelum Chatmongkol melengkapkan kemenangan mereka untuk BG Pathum melangkah bergaya ke suku akhir ACL 2022.
Kemenangan tersebut menjadikan mereka kelab pertama Asia Tenggara yang berjaya melangkah ke suku akhir ACL dan gol ‘letupan’ Ikhsan itu antara yang pasti akan menjadi sebutan dan perhatian ramai pihak.