Lihat Bagaimana Terujanya Reaksi Lukaku Ketika Pertama Kali Melawat Stamford Bridge

Rakaman video lama yang memperlihatkan Romelu Lukaku melawat Stamford Bridge telah tular di media sosial pada ketika ini, dek kerana beliau baru sahaja melengkapkan perpindahan mega menyertai Chelsea dari Inter Milan.

Video tersebut dirakam ketika Lukaku masih remaja dan beliau juga turut mendakwa pada ketika itu yang dirinya akan beraksi bersama Chelsea satu hari nanti.

Pasukan gergasi London itu baru-baru ini telah menandatangani semula bekas penyerang mereka yang telah pergi meninggalkan Stamford Bridge tujuh tahun lalu.

Chelsea telah membayar Inter Milan £97.5 juta untuk mendapatkan semula bekas penyerang mereka itu pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain kebangsaan Belgium itu telah melalui karier dua tahun yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Inter Milan, dan turut membantu kelabnya menjuarai saingan Serie A musim lalu.

Sebuah video ketika beliau masih remaja telah tular di media sosial pada ketika ini, dan ia jelas menunjukkan betapa Lukaku sangat teringin untuk beraksi bersama The Blues.

Beliau juga sangat mengidolakan legenda terhebat sepanjang zaman kelab, Didier Drogba dengan beliau ketika melawat Stamford Bridge, turut memakai jersi legenda Ivory Coast itu.

Dalam video rakaman tersebut, Lukaku telah menyatakan bahawa:

“Saya perlu duduk seorang diri di sini, saya perlu menikmati detik waktu ini bersendirian.”

“Satu hari nanti, saya akan bermain di sini, kamu akan lihat nanti. Pada hari saya bermain di sini, kamu akan lihat saya menangis kegembiraan di rumah. Selain dari itu tidak mungkin saya nangis. Hanya ketika saya bermain di sini.”

Bekas penyerang Inter Milan itu sebelum ini pernah beraksi di Stamford Bridge bersama Chelsea, namun kariernya ketika itu tidak begitu memberangsangkan.

Beliau sukar untuk memberikan impak seperti yang diharapkan dan sukar untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya pada ketika itu.

Beliau ditandatangani pada tahun 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £10 juta (£17 juta dicampur bonus) dan beliau hanya sempat membuat 10 penampilan sahaja dalam saingan Premier League bersama Chelsea.

Lukaku kemudiannya telah dipinjamkan ke West Bromwich Albion pada musim 2012/13 sebelum dipinjamkan ke Everton pada musim berikutnya.

Chelsea kemudiannya menjual bintang Belgium itu kepada Everton dengan yuran perpindahan bernilai £28 juta, dengan beliau dianggap pemain terpenting The Toffees pada ketika itu.

Beliau kemudiannya sempat beraksi bersama Manchester United namun Lukaku tidak berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya di Old Trafford.

Selepas beraksi bersama Inter Milan, Lukaku berjaya mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya dan beliau turut mengumumkan dirinya pada dunia sebagai salah seorang penyerang terhebat dunia.

Romelu Lukaku dijangka akan berjaya memberikan impak yang positif di Stamford Bridge selepas ini dan ramai yang percaya beliau akan bersinar dibawah kendalian Thomas Tuchel.

Legenda Manchester United, Rio Ferdinand baru-baru ini turut memuji Lukaku dan merasakan yang bintang Belgium itu akan segera meninggalkan impak positif untuk skuad The Blues.

“Romelu Lukaku tentunya akan menjanjikan 20 gol, setidak-tidaknya 20 gol. Dia boleh beri jaminan itu. Dia akan menjaringkan gol tak kira di mana dia beraksi, dia penjaring yang hebat.”

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN