Lyon menewaskan Monaco 3-0 pada awal pagi tadi pada perlawanan pertama Ligue 1 pada musim ini.
Ia adalah perlawanan pertama kendalian bekas pemain pertahanan Arsenal yang kini bergelar seorang pengurus, Sylvinho – sejak dilantik oleh Lyon pada Mei lalu.
Perlawanan tersebut menyaksikan seorang lagi bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas menerima layangan kad merah.
Moussa Dembele dan Memphis Depay masing-masing menjaringkan satu gol diantara layangan kad merah yang diterima Fabregas pada babak pertama perlawanan.
Pemain tengah, Lucas Tousart menjaringkan gol ketiga untuk Lyon 10 minit sebelum tamat perlawanan.
Monaco made the worst possible start to their Ligue 1 campaign.
Cesc Fabregas was sent off in a 3-0 loss.
More: https://t.co/Cl1rsRxmwA pic.twitter.com/ln8n5NVu9Y
— BBC Sport (@BBCSport) August 9, 2019
Monaco jelas sekali hanya memiliki pemain yang tidak mempunyai pengalaman, tatkala kapten pasukan Radamel Falcao turut dijangka akan meninggalkan kelab tersebut sebelum jendela perpindahan ditutup pada 2 September hadapan.
“Saya telah berkata sebelum ini bahawa tiga atau empat perlawanan pertama sentiasa sukar dan Monaco adalah lawan yang sukar. Tetapi kini saya gembira dengan keputusan ini, ” ujar Sylvinho mengulas mengenai pasukannya kepada Canal+.
“Saya berharap pasukan ini akan bermain begini, akan ada penambahbaikkan untuk dilakukan tetapi saya cukup gembira,” tambah beliau lagi.
Lyon bermain dengan baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan walaupun beraksi tanpa tiga pemain yang berhijrah pada musim panas lalu, iaitu Nabil Fekir, Ferland Mendy dan Tanguy Ndombele.