Dépaysement adalah perkataan Perancis tanpa terjemahan kepada bahasa Inggeris. Ia menggambarkan perasaan kebingungan atau tidak selesa akibat meninggalkan zon selesa seseorang, seperti orang asing yang hilang yang tidak boleh bercakap bahasa ibunda.
Kelab Ligue 1 sering terdedah kepada Dépaysement ini dan kerana itu mereka tidak mampu bergerak jauh seperti Paris Saint-Germain (PSG) terutamanya dalam saingan Eropah.
Setelah menjaringkan 4 gol di Parc des Princes, perlawanan timbal balik suku akhir UEFA Champions League (UCL) diantara PSG dengan Manchester City pada April 2016 memberikan mereka peluang.
Qatar Sports Investment (QSI) menyatakan misi mereka adalah memenangi UCL, namun PSG belum pun membuat sebarang penampilan dibawah empat penyertaan terakhir di UCL ketika era pemilikan QSI.
PSG adalah sebuah kasta kelab dari acuan kekayaan dan populariti, ia dibentuk semula oleh satu poket yang tebal dan cuma ianya sudah tentu berbeza di peringkat benua.
Namun ketika Nou Camp, sejarah tercipta apabila PSG mencatatkan kegagalan yang cukup teruk pada Mac 2017. Ternyata mereka adalah pusat kepada kegagalan.
Pertahanan PSG yang rapuh dan taktikal yang boleh dikatakan gagal oleh pengurus Laurant Blanc untuk formasi 3-5-2 ketika menentang Manchester City di England.
Persediaan yang tidak bersungguh-sungguh dibawah pengawasannya, juga membuatkan perasaan pemainnya bingung dan sangat keliru menyebabkan Manchester City dengan mudah mendapatkan gol melalui Kevin de Bruyne.
Ianya adalah satu kekalahan yang boleh dielakkan dan boleh dikatakan lebih mengecewakan berbanding kekalahan memilukan ketika menentang Barcelona di Nou Camp tempoh hari.
Walaupun mereka mempunyai ramai pemain berbakat di Ligue 1 dan Ligue 2 serta mempunyai beberapa kelab utama yang menyumbang kepada tradisi bola sepak yang kaya. Perancis sekali lagi memalukan diri mereka dengan liga mereka kurang mendapat perhatian.
Bekas juara Ligue 1 7 kali berturut-turut iaitu Olympique Lyonnais menduduki tempat ke-3 walaupun berada di dalam kumpulan lemah di UCL.
Manakala Marseille dan St. Etienne diketepikan dengan mudah dalam saingan peringkat 32 pasukan terakhir Europa League.
Ini menyumbang kepada reputasi buruk Ligue 1. Walaupun secara tradisinya mereka menjadi 5 liga teratas di Eropah, namun mereka tidak dipandang tinggi seperti yang liga-liga utama yang lain.
Walau bagaimanapun, sejak kejatuhan PSG di Etihad dan juga Nou Camp serta terkeluarnya Olympique Lyonnais dan Marseille di saingan Eropah musim ini. Bola sepak domestik Perancis telah mula menyedari potensi dan dengan ketibaan Neymar di PSG.
Evolusi Ligue 1 untuk menjadi liga yang kuat serta berkuasa di Eropah akan segera menggugat liga-liga utama yang lain.
Sememangnya, langkah Neymar ke PSG lebih berkisar mengenai wang dan lebih mencari penghargaan individu daripada program langkah ke hadapan Ligue 1.
Bagaimanapun, ia adalah langkah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada program membangunkan kekuatan liga tersebut.
Rasional Neymar dalam menyertai PSG adalah untuk membuka peluang kepada Neymar untuk menggapai setidak-tidaknya, Ballon d’Or untuk dirinya.
Beliau telah lama berada dalam bayang-bayang Lionel Messi di Barcelona dan kemungkinan akan selama-lamanya sekiranya beliau masih kekal di Barcelona.
Dan sejauh mana Neymar bimbangkan adalah bagaimana pemain untuk menjadi yang terbaik di dunia?
Neymar memerlukan satu pasukan sama seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, yang mana sistem pasukan dibina untuk beliau.
Neymar yang baru sampai dari Barcelona dijelaskan kepada RMC minggu ini, “saya sentiasa berdiri di belakang Messi, yang merupakan pemain utama.”
Dan kini Neymar perlu menjadi pemain utama dalam pasukannya.
Sama ada pembangunan Ligue 1 yang terus berkembang secara langsung berdasarkan keputusan Neymar atau tidak, langkah itu harus dipertimbangkan sebagai momentum baik bagi liga.
Walaupun sedikit berubah untuk PSG sejak kekalahan di Manchester dan Barcelona, liga itu sendiri telah perhatian yang lebih menarik dalam masa yang sama.
Revolusi besar dalam pembangunan bakat muda di Monaco menyaksikan mereka menggapai kejuaran Ligue 1 dan berjaya ke separuh akhir UCL pada musim lalu.
Mereka juga memalukan PSG dalam perlawanan liga, sementara Olympique Lyonnais mengatasi kegagalan Eropah mereka sendiri dengan mara ke separuh akhir Europa League.
Sementara Marseille dan Lille telah bangun dari tidur mereka, Dimitri Payet dan Marcelo Bielsa mengetuai kebangkitan mereka.
Ia belum lagi ditambah dengan kisah ketibaan Claudio Ranieri ke Nantes dan lambakan pemain remaja, serta permainan berasaskan serangan seperti Nice dan Bordeaux yang telah memberi cabaran pada 2 musim terakhir kebelakangan ini.
Perancis telah berubah dari kejayaan PSG menjuarai liga dengan 31 mata pada musim 2015/2016 kepada liga yang lebih terbuka saingannya dan lebih kompetitif.
Ligue 1 kini kembali relevan.
Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .
Sumber:
- Get Football News France (2017): Why Neymar’s move to PSG is a watershed moment for Ligue 1; https://www.getfootballnewsfrance.com/2017/feature-why-neymars-move-to-psg-is-a-watershed-moment-for-ligue-1/