Liga Super: Takumi Sasaki Mampu Padam Impian 3 Mata Perak

Pemain import Negeri Sembilan iaitu Takumi Sasaki antara menjadi tumpuan untuk aksi Liga Super musim 2024/2025 membabitkan pertemuan antara pasukan itu menentang cabaran Perak.

Atas kertas, peluang dilihat lebih terarah kepada Perak yang berada di kedudukan ke-10 Liga Super jika dibandingkan Negeri Sembilan pada tangga ke-12 di pentas Liga Super.

Namun daripada segi prestasi semasa, ia mungkin berpihak kepada pasukan tuan rumah yang berjaya mencipta keputusan seri 2-2 sewaktu berhadapan Kedah Darul Aman (Kedah) di Stadium Darul Aman.

Manakala Perak pula kali terakhir beraksi pada 30 Julai lalu bersama kekalahan tipis 1-2 kepada Kuching City di laman sendiri bersama aksi tidak menyakinkan.

Sudah tentu rekod lalu sedikit sebanyak memberi kelebihan buat skuad Hoben Jang Hoben yang turut akan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi.

Berkelebihan di laman sendiri, ini merupakan peluang terbaik sebenarnya buat mereka untuk cuba mendapatkan tiga mata penuh serta memperbaiki kedudukan semasa.

Apatah lagi mereka berjaya meraih dua kemenangan positif pada aksi persahabatan lalu ketika bertemu wakil Indonesia iaitu PSMS Medan serta PDRM.

Untuk aksi hari ini, Takumi Sasaki antara pemain yang dijangka bakal memainkan peranan cukup penting buat Negeri Sembilan untuk mendapatkan gol serta keputusan lebih positif.

Pemain tengah menyerang ini telah pun memberi impak cukup positif sejak awal saingan liga berlangsung menerusi kelincahan, kreativiti, serta bijak memanipulasi pertahanan lawan untuk membuka peluang gol.

Statistik semasa menyaksikan bekas pemain kebangsaan Jepun itu telah pun beraksi sebanyak sembilan perlawanan serta merekodkan satu gol bersama tiga bantuan jaringan secara keseluruhan.

Dijangka, Takumi bakal menjadi pertaruhan penting untuk menggempur kubu pertahanan Perak selain berpeluang menjulang Negeri Sembilan raih keputusan cemerlang.

Selain Sasaki, pemain seperti Hadin Azman juga dianggap memiliki bisa tersendiri musim ini untuk sekurangnya mengkucar kacirkan pertahanan pasukan pelawat di laman sendiri.

Pada pandangan anda, adakah Negeri Sembilan mampu meraih kemenangan kedua mereka musim ini dengan menjadikan Perak sebagai mangsa seterusnya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN