Saingan Liga Super 2023 kembali bersambung setelah berehat dalam suatu tempoh agak lama untuk memberi laluan kepada kem kebangsaan yang menghadapi dua perlawanan persahabatan Tier 1.
Selepas lima perlawanan dilalui, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mengambil masa lama untuk menjadi salah satu pasukan tumpuan untuk sekali lagi menjadi pilihan juara, selepas prestasi dipamerkan mereka.
JDT VERSUS SABAH FC TICKET SALES INFO
Tickets for the Super League match between Johor Darul Ta'zim FC (JDT) and Sabah FC on 31 March 2023 at the Sultan Ibrahim Stadium are now for sale at https://t.co/4EKIFak3ZW.
[1/2] pic.twitter.com/lN1hYdwCN6
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 30, 2023
Sehingga kini, JDT berada di tangga pertama Liga Super menerusi lima kemenangan bersih dicatat mereka selain hanya dibolosi satu gol.
Untuk aksi seterusnya, pasukan ini bakal berhadapan salah satu kelab yang juga masih belum merekodkan kekalahan selepas lima perlawanan iaitu Sabah.
Sabah kini mengekori rapat JDT selepas pasukan tersebut berada di tangga kedua menerusi empat kemenangan serta satu keputusan seri bagi meraih 13 mata secara keseluruhan.
Bagi perlawanan tersebut, ianya akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang menjadi kubu kuat JDT selama beberapa musim ini dan sering menghadirkan mimpi buruk buat mana-mana pasukan pelawat.
Salah seorang pemain tumpuan bagi perlawanan esok, ianya terarah kepada penyerang import mereka iaitu Fernando Forestieri yang boleh dianggap cemerlang di hadapan gol.
Fernando strikes it right🔥#JDTforAll #WhatCanYouDo #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/VTusCXVCH9
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 26, 2023
Forestieri yang menyertai JDT sejak musim lalu terus mendapat tempat di hati para penyokong Harimau Selatan ekoran aksinya yang sangat menyerlah buat posisi serangan pasukan tersebut.
Gandingan bekas penyerang Udinese itu bersama Bergson da Silva pada tahun lalu jelas menjadi igauan ngeri buat mana-mana pertahanan lawan termasuk dalam saingan AFC Champions League (ACL).
Musim ini, Forestieri sekali lagi menampilkan konsistensi beliau bersama JDT, setelah pemain ini sudah meledak lima jaringan bersama pasukan tersebut dalam semua perlawanan dihadapi.
Selain cemerlang menghasilkan gol, pemain berusia 33 tahun ini juga tidak kurang hebat sumbangan beliau dalam membantu rakan sepasukan lain meledak jaringan menerusi tiga ‘assist’ sudah diciptanya.
Statistik juga menyaksikan Forestieri telah melepaskan 18 percubaan ke arah gol dengan 11 daripadanya tepat di hadapan gawang serta lima dihasilkan dalam bentuk jaringan.
Kadar ketepatan percubaan dibuat oleh Forestieri juga antara sangat baik, menerusi 61.1%, dan beliau masih lagi bebas daripada kutipan sebarang kad di setiap perlawanan.
Maka, pastinya statistik ini sebenarnya menjadikan Sabah sebagai pasukan yang perlu memberi perhatian penuh buat Forestieri jika ingin mengelak daripada sebarang rasa kecewa di hadapan gol sendiri.
⚽ GOAL OF THE DAY: Looking back to Fernando Forestieri’s goal in our #AFCChampionsLeague last season ☄️#JDTforAll #WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/3slSMhRL2y
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 10, 2023
Apapun, para pemain Sabah juga tidak boleh memberi perhatian penuh kepada Forestieri seorang, kerana Arif Aiman Hanapi, Juan Muniz Gallego, serta Diogo Luis Santo juga antara sangat berbisa di hadapan gol.