Liga Super: Sri Pahang ‘Terkulai Layu’ Di Tangan Selangor Menjelang Aidilfitri

Sri Pahang terus mempamerkan rentak yang tidak konsisten dalam persaingan Liga Super apabila kali ini mereka tewas pula di tangan Selangor dalam aksi berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi dengan keputusan 1-3.

Tuan rumah iaitu Selangor pula pastinya merasa sangat lega dengan kemenangan tersebut setelah sebelum itu anak buah Michael Feichtenbeiner hanya sekali memungut tiga mata daripada lima aksi Liga Super 2022 sewaktu menewaskan Kedah Darul Aman.

Manakala situasi berbeza pula buat Sri Pahang yang ketika ini masih lagi tidak konsisten dalam permainan setelah hanya mencatat satu kemenangan dan satu seri dalam saingan Liga Super untuk berada di kedudukan ke-9.

Dalam aksi semalam, Sri Pahang nyata hilang cengkaman dalam permainan apabila Selangor terus menguasai seawal perlawanan dengan asakan bertali arus.

Pada minit ke-12, pemain lincah tuan rumah iaitu Syahir Bashah hampir meletakkan tuan rumah terlebih dahulu di depan setelah berjaya melepaskan rembatan deras ke gawang gol Sri Pahang sebelum bola sekadar menggegar palang walaupun Mamadou Samassa telah pun tewas.

Tidak lama selepas itu giliran Herlison Caion pula tampil untuk membuat percubaan namun gagal menemui penyudah yang dicari pada minit ke-18 serta satu percubaaan cantik daripada Fazly Mazlan di minit ke-35.

Sri Pahang pula seolah kehilangan punca untuk menyekat kemaraan tuan rumah dengan sering membuat kesilapan-kesilapan mudah dan akhirnya merek bolos pada minit ke-37 setelah Caion bijak menyempurnakan peluang menerusi hantaran silang cantik daripada Quentin Cheng.

Ketika Sri Pahang cuba bangkit dalam aksi separuh masa kedua, nyata tuan rumah terlebih dahulu mendapat gol kedua mereka menerusi penyerang import baharu iaitu Hyuri Henrique yang bijak membuat larian untuk melepas perangkap offside dibuat oleh lawan.

Enggan mengalah dengan lebih awal, Sri Pahang cuba bangkit dengan merapatkan jurang gol pada minit ke-61 menerusi Azam Azih untuk menyentakkan pasukan tuan rumah seketika.

Namun segalanya tidak berhasil seperti diingini apabila pemain import Selangor iaitu Yazan Al-Arab memanfaatkan peluang pada minit ke-75 menerusi tandukkan hasil sepakan sudut untuk terus memberi tekanan buat kem Sri Pahang.

Keputusan tersebut kekal dengan Selangor mencatat kemenangan 3-1 atasi Sri Pahang di laman sendiri dalam aksi tertunda sebelum itu akibat serangan Covid-19.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN