Liga Super: Sri Pahang Mudah ‘Usik’ KDN Di Laman Sendiri

Sri Pahang memulakan kempen Liga Super musim 2024/2025 dengan langkah kanan apabila mereka tidak menghadapi banyak masalah untuk mengatasi Kelantan Darul Naim (KDN) menerusi keputusan 1-0.

Beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Mini Temerloh, jelas tuan rumah lebih banyak menguasai permainan serta memperoleh gol menerusi jaringan tunggal daripada Manuel Hidalgo.

Awal permainan menyaksikan kedua pasukan seimbang menguasai permainan serta tidak ada begitu banyak percubaan menarik terhasil apabila bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Sesekali Sri Pahang tampil mencari peluang menerusi ancaman yang dicetuskan oleh Kpah Sherman untuk menguji pertahanan serta penjaga gol utama KDN.

Memasuki 15 minit perlawanan, intensiti permainan ditampilkan oleh kedua pasukan sedikit perlahan dan tidak banyak gerakan-gerakan menarik dapat dicipta.

Pemain tengah KDN, Oday Kharoub antara tumpuan utama perlawanan ini apabila beliau bijak mengawal tempo serta mencipta beberapa gerakan menarik buat serangan mereka.

Selepas mengharungi 32 minit perlawanan, Tok Gajah jelas semakin meningkatkan intensiti permainan untuk memperoleh jaringan awal menerusi gerakan dicipta oleh Manuel Hidalgo untuk beberapa kali.

Namun kecekapan penjaga gol KDN iaitu Khatul Anuar bersama barisan pertahanan lain jelas lebih bersedia untuk menyerap setiap asakan cuba dicipta oleh tuan rumah.

Memasuki minit akhir separuh masa pertama, Tok Gajah mendapat beberapa peluang menarik untuk mendahului permainan sebelum kecekapan Khatul Anuar menafikan segalanya.

Bersambung di separuh masa kedua, Sri Pahang memperoleh peluang terbaik untuk mendapatkan gol sebelum rembatan daripada salah seorang pemain mereka sedikit tersasad keluar.

Hidalgo akhirnya memberi keceriaan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-53 menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti yang mudah disempurnakan oleh Manuel Hidalgo.

Tersentak dengan jaringan tersebut, KDN cuba menaikkan intensiti serangan mereka untuk kembali meraih jaringan penyamaan sebelum pertahanan Sri Pahang tenang meredakan keadaan.

Keputusan perlawanan kekal dengan ianya berpihak kepada skuad kendalian Fandi Ahmad untuk meraih kemenangan sulung, sementara KDN terpaksa pulang dari Temerloh dengan tangan kosong.

Kesebelasan utama

Sri Pahang: Mohd Zarif Irfan Hashimuddin (Penjaga Gol), Aleksandar Cvetkovic, Kpah Sherman Sean, Ruziev Kuvondik Uktam Ugli, Muhamad Baqiuddin Shamsuddin, Stefano Brundo, Azwan Mohd Aripin, Mohd Fadhli Mohd Shas (Kapten), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Saiful Jamaluddin, Manuel Federico Hidalgo Gasparini

Kelantan Darul Naim (KDN): Khatul Anuar Md Jalil (Penjaga Gol), Kim Likwan, Muhammad Ghaffar Abdul Rahman, Oday Kharoub Ali Abdalrahim (Kapten), Muhammad Asraf Alifuddin Yasin, Te Valdumar Augusto, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle, Mohamad Fazrul Amir Md Zaman, Michal Jerabek, Mohd Irwan Syazmin Wahab, Muhammad Faizal Muhammad Talib

Kredit Foto: Sri Pahang FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN