Sri Pahang bakal meneruskan saingan Liga Super 2024/2025 malam ini dengan membuat perhitungan seterusnya untuk menentang cabaran Kedah Darul Aman (Kedah) dalam misi mendapatkan tiga mata seterusnya.
Jika diimbas kembali pada aksi lalu, sudah tentu momentum positif lebih terarah kepada Sri Pahang yang berjaya meraih kemenangan besar 5-1 mengatasi PDRM di Temerloh sebelum itu.
Untuk rekod, ia merupakan kemenangan kedua serta terbesar dilakar oleh skuad kendalian Fandi Ahmad pada musim ini selepas mereka mencatat prestasi sedikit hambar.
Lima gol Sri Pahang ketika itu masing-masing diledak oleh Kpah Sherman (2 gol), Stefano Brundo (2 gol), serta bekas tonggak serangan Kedah musim lalu, Manuel Hidalgo.
Kemenangan itu jelas membuka kata kembali ramai pemerhati bola sepak tempatan yang menyifatkan Sri Pahang kembali menemui kualiti tersendiri ketika mengatasi PDRM setelah tampak serba tidak menjadi pada awal persaingan.
Antara paling mencuri tumpuan sudah tentu terarah kepada kualiti penyudah mereka yang sebelum ini menjadi mangsa kritikan akibat terlalu tumpul untuk mendapatkan seberapa banyak gol.
Malah, kebimbangan itu turut diakui oleh Fandi yang tampil sedikit gelisah akan kualiti serangan skuad kendaliannya sejak beberapa aksi lalu sebelum kini segalanya sudah diperbaiki.
Untuk aksi seterusnya bertemu Kedah, dijangka Tok Gajah bakal mempertaruhkan kesebelasan terbaik mereka sekali lagi dalam usaha untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad kendalian Fandi di Alor Setar.
Dijangka juga, Sri Pahang tidak memiliki begitu banyak cabaran untuk meraih keputusan positif sekiranya Kedah terus menggunakan kesebelasan utama mereka seperti aksi menentang Kuala Lumpur City (KL City) lalu.
Kedah sebelum ini hanya meletakkan rangkaian pemain-pemain muda dalam kesebelasan utama sehingga menyaksikan mereka mencatat kekalahan besar 0-5 kepada pasukan lawan.
Walaupun begitu, laporan terbaharu menyatakan beberapa pemain utama sudah pun turun kembali menjalani sesi latihan dan ada kemungkinan mereka bakal dibawa beraksi menentang Sri Pahang.
Jika tidak, Nafuzi Zain pastinya sekali lagi menghadapi kesukaran untuk menghadapi cabaran Sri Pahang yang kini berada pada tahap cukup baik setelah meraih kemenangan pada perlawanan terakhir lalu.
Pada pandangan anda, adakah Sri Pahang bakal meraih tiga mata seterusnya, atau Kedah sendiri akan bangkit untuk menghidupkan semula harapan kepada para penyokon