Liga Super: Sri Pahang ‘Ikat’ Kedah Di Stadium Darul Aman

Kedah Darul Aman terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri terbaharu mereka dalam aksi yang berlangsung sebentar tadi untuk saingan Liga Super 2024/2025 ketika berdepan Sri Pahang.

Menerusi keputusan penuh 2-2, kedua pasukan menampilkan corak permainan cukup menghiburkan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Awal permainan menyaksikan Sri Pahang memperoleh beberapa peluang terbuka untuk sekurangnya mengkucar kacirkan pertahanan Kedah menerusi penyerang utama, Kpah Sherman.

Sesekali Kedah tampil dengan ancaman berbahaya menerusi siri hantaran pendek yang berjaya mengelirukan pertahanan pelawat dari serata arah dalam usaha mendapatkan jaringan sulung permainan.

Ifwat terpaksa bertungkus lumus beberapa kali untuk menyelamatkan keadaan selepas penyerang lawan iaitu Kpah Sherman memperoleh peluang melepaskan rembatan tepat ke arah gawang gol.

Milos Gordic melepaskan satu peluang terbaik pada minit ke-17 untuk meledak gol sulung buat Kedah, selepas percubaan beliau hasil daripada kekalutan di hadapan gawang gol lawan sedikit tersasar keluar.

Permainan terbuka dipamerkan kedua pasukan ini menyaksikan ia berjaya menghiburkan para penonton menerusi banyak percubaan-percubaan tercipta dengan hanya masih dinafikan oleh jaringan.

Aguero akhirnya membuka akaun jaringan sulung buat Sri Pahang pada minit ke-51 menerusi rembatan beliau dari dalam petak penalti untuk menewaskan Ifwat Akmal.

Pada minit ke-57, tiba giliran Halim Shaari pula untuk kembali menyamakan kedudukan hasil satu rembatan deras dilepaskan beliau untuk menggagalkan usaha Azfar Arif menyelamatkan keadaan gawang gol Tok Gajah.

Tiba giliran Sukhrob untuk menggamatkan para penyokong Sang Kenari menerusi gerakan solo beliau pada minit ke-64 untuk mengelirukan pertahanan lawan sebelum satu rembatan dilepaskan untuk memberi kelebihan buat Kedah kini di hadapan.

Sri Pahang kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-78 menerusi Kpah Sherman yang berjaya memanipulasi kelemahan pertahanan Kedah yang sedikit hilang tumpuan.

Keputusan perlawanan kekal dengan kedua pasukan saling terikat seri untuk masing-masing membawa pulang satu mata berharga di Alor Setar

Kesebelasan Utama

Kedah Darul Aman (Kedah): Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Penjaga Gol), Sony Norde (Kapten), Sukhrob Nurulloev, Milos Gordic, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Muhammad Irfan Zakaria, Jose Cleylton de Morais dos Santos, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Muhammad Syafiq Ahmad, Mohamad Hasbullah Abu Bakar, Abdul Halim Shaari

Sri Pahang: Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri (Penjaga Gol), Aleksandar Cvetkovic, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Kpah Sean Sherman, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Mohamad Azwan Mohd Aripin, Mohamad Fadhli Mohd Shas (Kapten), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohamad Saiful Jamaluddin, Manuel Federico Hidalgo Gasparini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN