Liga Super: Sri Pahang Ada Peluang Untuk Terus Lebarkan Rekod Tanpa Kalah

Saingan Liga Super 2023 kembali bersambung, selepas berehat seketika sebelum itu untuk menyambut perayaan Aidilfitri selama beberapa hari dengan membabitkan satu perlawanan sahaja berlangsung.

Perlawanan tumpuan yang akan berlangsung malam ini pastinya terarah kepada pertemuan membabitkan antara Terengganu dan Sri Pahang yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Sri Pahang ketika ini menjadi salah satu pasukan yang paling diberi tumpuan, setelah mereka masih konsisten mencipta rekod tanpa kalah selepas menghadapi sembilan perlawanan.

Walaupun pada awal musim ini pasukan tersebut tidak begitu mendapat perhatian yang khusus daripada segelintir penyokong bola sepak tempatan, kini Sri Pahang dengan cemerlang berada di kedudukan ketiga carta liga.

Menerusi sentuhan daripada Fandi Ahmad musim ini, Sri Pahang telah pun merekodkan lima kemenangan serta empat kali seri untuk mengumpul 19 mata secara keseluruhan.

Tahun ini menyaksikan Sri Pahang hanya ditewaskan oleh pasukan Selangor sahaja ketika saingan Piala FA 2023 pusingan kedua, manakala untuk Liga Super mereka terus gah tanpa sebarang kekalahan.

Berdepan Terengganu malam ini di gelanggang lawan, menjadi satu lagi peluang yang terbuka buat Sri Pahang untuk terus melebarkan rekod tersebut selepas Sang Penyu tampil longlai ketika perlawanan lalu berdepan Selangor.

Menerusi kekalahan besar 1-5, motivasi kem Terengganu dilihat berada dalam keadaan tidak baik serta mereka juga sudah mula ditekan oleh penyokong sendiri menerusi media sosial.

Jika Terengganu terus mencipta kekalahan malam ini, peluang untuk mereka terus berada di kedudukan lebih bawah dalam carta liga semakin terbuka sekiranya Penang dan Kuala Lumpur City (KL City) meraih kemenangan.

Tampil dengan rombakan baharu bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, Terengganu dilihat berada dalam keadaan tidak begitu konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi.

Maka, ia menjadi peluang terbaik buat Sri Pahang sebenarnya untuk cuba mengambil peluang tersebut, serta terus menekan Selangor yang berada di tangga kedua.

Apapun, selaku tuan rumah pastinya Terengganu tidak akan berdiam diri dan siri kebangkitan akan cuba dibuat dengan menjadikan Sri Pahang sebagai sasaran pertama mereka.

Menerusi para pemain kedua pasukan yang kini berada dalam keadaan terbaik, dijangka perlawanan akan berlangsung dengan lebih sengit dalam misi masing-masing untuk cuba mendapatkan tiga mata penuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN