Liga Super: Selangor Raih Kemenangan Sulung Di Gelanggang Lawan

Selangor buat julung kalinya berjaya meraih kemenangan sulung mereka musim ini di gelanggang lawan, dengan skuad kendalian Nidzam Jamil itu menjadikan Sabah sebagai mangsa di gelanggang lawan.

Lima minit awal permainan menyaksikan tempo kedua pasukan sedikit perlahan dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang tanpa sebarang percubaan-percubaan berbahaya dicipta.

Yohandry Orozco hampir membuka jaringan awal buat Selangor selepas beliau mendapat satu umpanan baik di sebelah kiri sebelum percubaannya mudah diselamatkan oleh penjaga gol lawan pada minit ketujuh.

Sabah dilihat masih lagi belum mendapat rentak permainan terbaik mereka dengan penguasaan kini jelas lebih banyak memihak kepada pasukan pelawat untuk mencipta beberapa peluang.

Hantaran lintang Daniel Ting hampir memberi keceriaan buat kem The Rhinos pada minit ke-10 sebelum Darren Lok gagal untuk menyudahkannya kepada bentuk jaringan.

Selepas 10 minit aksi berlangsung, Sabah dilihat semakin selesa mengawal bola dan kembali mengimbangi pasukan lawan untuk turut mencipta beberapa gerakan menarik.

Gandingan membabitkan antara penyerang Harimau Malaya iaitu Darren Lok bersama Daniel Ting jelas sangat berbahaya kerana beberapa kali gerakan dicipta mereka berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Selangor.

Sabah akhirnya memperoleh jaringan sulung perlawanan menerusi Darren Lok pada minit ke-27, selepas beliau mendapat hantaran lintang berkualiti daripada Jafri Firdaus Chew untuk meletakkan tuan rumah di hadapan terlebuh dahulu.

Tidak lama selepas itu, Ronnie Fernandez hampir menyamakan kembali kedudukan buat Selangor selepas tandukan tepat berjaya dilakukan beliau sebelum ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Namun, percubaan beliau selepas itu gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi dengan pemain tersebut akhirnya berjaya menyamakan kembali kedudukan buat Selangor pada minit ke-32.

Aksi terus bertambah rancak dengan kedua pasukan saling berbalas serangan selain intensiti permainan juga semakin meningkat sebelum ia kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama.

Secara keseluruhan, aksi di separuh masa kedua menyaksikan kedua pasukan buntu untuk mendapatkan gol pendahuluan dengan banyak peluang disia-siakan begitu sahaja.

Jaringan Harith Haiqal pada minit ke-86 berjaya mengesahkan tiga mata penting akhirnya buat Selangor setelah ledakan bintang muda itu gagal diselamatkan oleh penjaga gol tuan rumah.

Keputusan perlawanan kekal dengan akhirnya Selangor berjaya meraih kemenangan sulung musim ini di gelanggang lawan, dengan Sabah menjadi mangsa mereka di Likas.

Kesebelasan Utama

Sabah: Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol), Rawilson Batuil (Kapten), Daniel Sang Ting, Miguel Angel Garrido Cifuentes, Muhammad Farhan Roslan, Telmo Ferreira Castanheira, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew, Gary Steven Robbat, Kwang Min Ko, Darren Yee Deng Lok, Dominic Jun Jin Tan

Selangor: Samuel Jacob Somerville (Penjaga Gol), Nooa Hamzah Laine, Ronnie Allan Fernandez Saez, Alvin Mateus Fortes, Yohandry Jose Orozco Cujia, Muhammad Safuwan Baharudin (Kapten), Muhammad Fazly Mazlan, Alexander Agyarkwa Ameyaw, Sharul Nazeem Zulpakar, Harith Haiqal Adam Afkar, Reziq Mohammed Saleh Banihani

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN