Selangor bakal menghadapi aksi Liga Super malam ini menentang PDRM dengan status sebagai pasukan pelawat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam misi untuk meneruskan momentum kemenangan.
Bawah kendalian Tan Cheng Hoe, The Red Giants tampil dengan sangat menyakinkan musim ini selepas mereka hanya tewas dua kali daripada 12 perlawanan liga dihadapi.
Skuad #GergasiMerah akan menentang PDRM FC sebagai pelawat di Stadium MBPJ minggu ini bagi meneruskan saingan #LigaSuper2023! Jumpa di sana!
⚽️ PDRM FC 🆚 Selangor FC
🏟️ Stadium MBPJ, Kelana Jaya
📆 3 Jun 2023
🕢 8:15PMDikuasakan oleh PKNS.#MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/s9DoQ43maZ
— Selangor FC (@selangorfc) May 30, 2023
Malah, skuad tersebut turut membuat sedikit rombakan yang dilihat membuahkan hasil seperti memasukkan khidmat bintang kebangsaan iaitu Faisal Halim serta menandatangani kontrak penyerang berbisa, Ayron Del Valle.
Hasilnya pasukan tersebut kini tampil sebagai salah satu kelab yang menjaringkan banyak gol serta serba lengkap di segenap posisi untuk menghadapi mana-mana lawan.
Walaupun begitu, Selangor perlu berhati-hati untuk perlawanan malam ini menentang PDRM yang juga tampil serba hebat pada musim pertama mereka dalam saingan Liga Super.
Terbaharu, PDRM berjaya menewaskan Kelantan dengan keputusan besar 4-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dengan aksi cukup menyakinkan di segenap posisi.
Hadir sebagai pencabar baharu Liga Super, PDRM menandatangani beberapa pemain baharu di posisi serangan yang dianggap sangat berkesan untuk membantu mereka menghadapi setiap pasukan lawan.
Pemain seperti Bruno Suzuki dan Uche Agba antara yang sangat menyerlah kini di posisi serangan PDRM dan menjadi watak penting untuk menggerakan serangan setiap kali mereka mempunyai peluang.
Malah, PDRM bukan sahaja mempunyai pemain serangan berkualiti bawah kendalian Azzmi Aziz, tetapi cukup berdisiplin di posisi pertahanan dan ianya dibuktikan ketika mereka menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
PDRM juga sudah melakar kejutan musim ini selepas mereka mencipta kemenangan tipis 2-1 ketika menentang Kedah Darul Aman (Kedah) di Alor Setar.
Maka, Selangor perlu berwaspada akan sebarang kemungkinan bakal ditimbulkan oleh PDRM sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung untuk tidak melakukan sebarang kesilapan mudah yang pasti akan menghukum mereka.
We meet again tomorrow PDRM FC! Let's look back at our last match against the Sang Saka Biru. ⚔️ #MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/GzTJtSkeHA
— Selangor FC (@selangorfc) June 2, 2023
PDRM pastinya menjadi pasukan yang turun tanpa sebarang tekanan besar dan motivasi mereka juga berada dalam keadaan baik untuk cuba melakar sesuatu mengatasi Selangor di gelanggang sendiri.
Malah, para pemain PDRM juga berada dalam keadaan baik serta sedia untuk dibawa turun menentang Selangor dalam misi untuk cuba mencipta kejutan terbaharu musim ini dalam saingan Liga Super.