Liga Super: Sabah Terlepas Tiket Ke Asia, Tumpang Meriahkan Pesta Bunga Api JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup saingan liga tahun ini dengan penuh gilang-gemilang selepas mudah menewaskan Sabah 3-0.

Lebih manis, kejayaan JDT malam ini juga membolehkan mereka mengulangi rekod tanpa kalah pada musim 2016.

Sabah turun dengan formasi 3-4-3 dalam misi wajib menang untuk memastikan slot ke Piala AFC menjadi milik mereka manakala JDT turun tanpa sebarang tekanan kerana kejuaraan sudah menjadi milik mereka.

JDT yang bermain di halaman sendiri dilihat begitu selesa dalam mengatur serangan sementara Sabah pula terpaksa main secara  bertahan untuk memastikan pemain Harimau Selatan tidak mudah melepasi barisan pertahanan mereka.

Dengan taktikal secara bertahan dari pemain Sabah membuatkan pemain JDT mencari beberapa peluang terbaik untuk melakukan percubaan dan hantaran ke dalam kotak penalti.

JDT akhirnya memperoleh jaringan pertama menerusi gerakan cantik dari Arif Aiman sebelum hantaran itu disambut baik oleh penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva pada minit ke-16.

20 minit permainan berlangsung, JDT masih mengawal permainan dengan hantaran pendek tanpa diberi tekanan begitu agresif kepada lawan mereka menyebabkan pemain JDT mudah mengatur hantaran.

Sabah dalam misi penting menerima tamparan apabila penjaga gol utama mereka, Khairul Fahmi terpaksa dibawa keluar akibat kecederaan yang dialami dan digantikan dengan Damien Lim.

Skuad kendalian Hector Bidoglio terus mengukuhkan kedudukan selepas pemain lincah mereka, Arif Aiman meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-39 selepas sepakan percuma beliau gagal diselamatkan oleh Damien.

Damien yang baru masuk terus diuji dengan dua percubaan berbahaya dari Arif dan Bergson namun beliau berjaya menafikan percubaan tersbeut dari dibolosi untuk kali ketiga.

Separuh masa pertama kelihatan begitu berat sebelah apabila JDT terlalu selesa memegang bola dan bebas melakukan pelbagai gerakan serta larian sementara anak buah Datuk Ong Kim Swee pula begitu sukar mengawal bola lebih lama.

Ketika melakukan serangan balas, mereka mudah hilang bola membuatkan barisan pertahanan Harimau Selatan tidak perlu bekerja keras untuk menghalang gerakan dari pemain Sabah.

Bermula separuh masa kedua, Sabah mendapat peluang terbaik untuk melakukan sesuatu tetapi pemain Sabah tidak bersedia untuk mengambil kesempatan tersebut.

Sabah yang dilihat seperti mula mendapatkan rentak permainan bagaimanapun, Bergson terus menghukum pasukan pelawat dengan jaringan ketiga apabila sepakan akrobatik penjaring terbanyk itu gagal diselamatkan oleh Damien.

Skuad Sang Badak gagal menguasai bahagian tengah membolehkan pemain JDT mengambil alih perlawanan dengan begitu mudah tanpa untuk pemain mereka bergerak dengan bebas.

Bergson hampir melengkapkan hatrik beliau selepas sekali lagi dalam perlawanan ini tetapi jaringan sepakan akrobatik itu dibatalkan oleh penjaga garisan kerana pemain itu terlebih dahulu berada di kedudukan ofsaid.

Nazmi Faiz terus mempamerkan kualiti permainan di bahagian tengah apabila hantaran beliau kepada pemain JDT telah mengucar-kacirkan barisan pertahanan Sabah.

Skuad kendalian Kim Swee dilihat lebih baik permainan mereka di separuh masa kedua apabila berjaya mencipta peluang terbaik untuk rakan sepasukan menjaringkan gol namun peluang itu dipersiakan begitu sahaja.

Biarpun sudah selesa mendahului tiga kosong, pemain JDT  terus bernafsu dalam memburu gol dan beberapa peluang di depan gol Sabah gagal dimanfaatkan dengan baik.

Gerakan solo dari Leandro Velazquez hampir membuatkan Damien tewas untuk kali keempat namun salam faham antara beliau dan Akhyar Rashid menyelamatkan pintu gol Sabah sekali lagi.

Kekalahan Sabah pada perlawanan terakhir menyebabkan mereka berada di tangga ketiga liga dan terpaksa menunggu keputusan Piala Malaysia untuk melihat sama ada Sabah akan ke Piala AFC atau sebaliknya.

Kemenangan  JDT malam ini membolehkan pasukan Harimau Selantan meraih kejuaraan liga bersama penyokong dengan penuh kegembiraan sambil dipertontonkan pertunjukkan bunga api dan persembahan dari artis luar negara, Jason Derulo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN