Liga Super: Sabah Mudah ‘Ratah’ Penang, Cerahkan Peluang Ke Piala AFC

Sabah

Perubahan taktikal dengan meletakkan Baddrol Bakhtiar di posisi penyerang ternyata membuahkan hasil apabila skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya mencatat kemenangan 4-1 menewaskan Penang dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas.

Sabah turun dengan formasi 3-5-2 ternyata ingin memburu kemenangan selepas kalah dua perlawanan terturut-turut dan menjadikan Penang sebagai mangsa mereka untuk mencerahkan peluang merebut slot ke Piala AFC tahun depan.

Permainan bermula dengan intensiti tinggi apabila lima minit awal permainan, kedua-dua pasukan sudah mula mencipta peluang terbaik dan saling berbalas serangan.

Sabah terus menyusun serangan pantas untuk mencari gol dengan beberapa gerakan dari sebelah kiri dan kanan namun ia masih gagal menemui jaringan.

Sabah mempunyai peluang terbaik pada minit ke-19 apabila hantaran cantik dari Farhan Roslan gagal disambut dengan baik oleh rakan sepasukannya.

25 minit permainan berlangsung, skuad kendalian Kim Swee lebih menguasai bola sementara Penang terpaksa bermain sedikit bertahan dan akan menyerang apabila mempunyai kesempatan.

Selang seminit kemudian, Penang mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol menerusi Abdul Azim Rahim namun percubaan deras beliau berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi.

Sabah yang bermain laju dalam perlawanan ini menyebabkan pemain Penang terpaksa melakukan beberapa bentensan untuk memastikan gerakan pemain Sabah tidak memasuki kawasan mereka.

Sabah akhirnya berjaya peroleh jaringan pertama pada minit ke-33 selepas hantaran silang dari Alto Linus berjaya di tanduk masuk oleh Baddrol untuk meletakkan tuan rumah dihadapan.

Selang dua minit kemudian, Penang sekali lagi mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun  Fahmi bertindak cemerlang bagi menafikan percubaan Adib Ra’op.

Beberapa kekasaran yang dilakukan oleh anak buah Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya memakan diri apabila pemain bertahanan mereka, Rafael Vitor dilayangkan kad merah selepas bentesan ke atas Saddil Ramdani dalam situasi satu lawan satu.

Sabah hampir menggandakan kedudukan tetapi tandukan Dominic Tan tersasar biarpun peluang terbuka luas di hadapan gol.

Bersambung babak kedua, Lucas Da Silva hampirkan menewaskan Fahmi namun tandukan itu berjaya ditempis keluar.

Sabah dilihat mengendurkan sedikit permainan mereka sementara Penang terus menekan barisan pertahanan tuan rumah dan mempunyai beberapa peluang terbaik.

Skuad Harimau Kumbang akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 selepas tandukan Adib Abdul Ro’op gagal diselamatkan oleh penjaga Sabah.

Anak-anak buah Kim Swee yang tersentak dengan jaringan itu kembali menyusun permainan untuk memburu gol.

Jaringan Penang hanya mampu bertahan dua minit sahaja apabila Park Tae-su kembali meletakkan Sabah di hadapan selepas hantaran Saddil disambut baik oleh rakan sepasukannya pada minit ke-72.

Skuad Sang Badak terus bernafsu mencari gol dengan mula mengerakan permainan pantas bagi mengelak skrip sama berulang seperti sebentar tadi.

N. Thanabalan hampir memberi jaringan buat pasukan beliau namun palang menafikan tandukannya.

Di kala Penang cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan, Saddil terus menutup peluang mereka apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit-79.

Dua minit sebelum tamat masa sebenar, sekali lagi berpunca dari bola mati, Stuart Wilkin menambah luka buat Penang apabila menambah jaringan keempat buat tuan rumah selepas hantaran daripada Amri Yahya dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau.

Sabah berjaya mengekalkan kedudukan sehingga tamat permainan dan kemenangan ini sudah pasti memberi moral untuk anak-anak buah Kim Swee memburu kemenangan selepas ini bagi membolehkan pasukan ini ke Piala AFC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN