Saingan Liga Super 2023 kembali bersambung dengan membabitkan satu perlawanan antara Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur City (KL City) yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi.
Beraksi di laman sendiri, ianya memberi sedikit kelebihan buat skuad Hobin Jang Hobin yang pastinya akan mendapat sorakan gemuruh daripada para penyokong tuan rumah untuk menaikkan motivasi.
It’s fire out here & no time to rest 🥵#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/w1ntYL7JGx
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) May 9, 2023
Apatah lagi, semangat para pemain juga pastinya meluap-luap kini untuk kembali mencipta kebangkitan, setelah tampil longlai dalam beberapa perlawanan lalu tanpa sebarang kemenangan.
Walaupun begitu, pasukan tersebut juga perlu menyedari momentum pelawat iaitu KL City kini juga berada pada prestasi terbaik mereka selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Super.
Menentang Negeri Sembilan pada perlawanan ini pastinya Bojan Hodak mempunyai misi tersendiri untuk memastikan para pemain kendaliannya terus konsisten meraih keputusan positif untuk memperbaiki kedudukan sesama.
Salah seorang pemain tumpuan KL City pastinya terarah kepada tonggak tengah serangan mereka iaitu Paulo Josue yang boleh dianggap sebagai nadi utama pasukan.
Paulo yang secara rasminya didaftarkan sebagai pemain naturalisasi negara pada musim ini boleh dianggap sangat penting buat pasukan dalam menjana serangan serta mendapatkan gol.
Daripada sembilan perlawanan bersama KL City musim ini, Paulo telah pun menghasilkan empat gol keseluruhan bersama satu bantuan jaringan.
Paulo Josue open ⚽️
Sebastian Avanzini confirm a goal 💥#LigaSuper2023 #KLCPRK #KLCity #SebastianAvanzini#SNESports pic.twitter.com/FgDsxwvvN9— SNEsports (@SNE_Sports) April 11, 2023
Daripada segi jumlah percubaan, Paulo merupakan pemain yang paling banyak membuat sepakan ke arah gol dengan 13 daripadanya menuju tepat kepada penjaga gol lawan.
Memiliki kreativiti menyusun serangan serta bijak mendapatkan peluang, pastinya jeneral KL City ini akan mendapat tumpuan penuh buat barisan pertahanan pasukan tuan rumah.
Giancarlo Gallifuoco (KL City)
Selain berdepan dengan ancaman serangan daripada Paulo bersama rakan sepasukan lain, Negeri Sembilan juga perlu menghadapi benteng kebal pelawat iaitu Giancarlo Gallifuoco.
He's our center-half, he's our number 9 🎶
Watch him defend, and we watch him score 🎶
He'll pass the ball, calm as you like 🎶
He's Giancarlo
… Gallifuoco#KLCity #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/CNeOdaA1EI— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) November 28, 2021
Pertahanan tinggi lampai ini boleh disifatkan sangat konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi menerusi kualiti individu, serta memainkan peranan penting membentuk kombinasi bersama barisan pemain lain.
Selain disiplin di posisi pertahanan, Giancarlo juga merupakan seorang pemain yang sangat berbahaya dalam situasi bola mati untuk menggunakan ketinggiannya meledak jaringan.
Herold Goulon (Negeri Sembilan)
Satu lagi pemain tumpuan terarah kepada pertahanan Negeri Sembilan pula iaitu Mark Herold Goulon yang dianggap kunci utama pasukan tersebut sejak musim lalu.
Pemain yang memiliki fizikal tinggi serta tegap ini sangat menyerlah buat Negeri Sembilan menerusi kualiti beliau sewaktu bertahan dan mampu untuk menjana gerakan pasukan di bahagian tengah.
Goulon hits it home! 🟡⚫🔴
Jaringan Herold Goulon membolehkan NSFC menundukkan Kuala Lumpur City dengan jaringan 2-1 di STAR, Paroi pada musim lepas.
Skuad Jang akan bertemu semula City Boys dalam aksi Liga Super Malaysia pada Ahad ini. pic.twitter.com/zFCHeThtpC
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 12, 2023
KL City pastinya akan memberi tumpuan penuh kepada Goulon, kerana pemain ini juga sangat bijak untuk mencipta lorongan-lorongan berbahaya kepada penyerang dalam situasi serangan balas.