Liga Super: Park Jaehong Enggan Lihat KDN Terlalu Hormati JDT

Pengendali Kelantan Darul Naim (KDN) iaitu Park Jaehong mengakui mereka bakal menghadapi ujian cukup getir pada aksi Liga Super seterusnya untuk bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Untuk rekod, kedua pasukan sudah pun membuat perhitungan sulung pada 22 September lalu dengan KDN mencatat kekalahan 0-4 kepada JDT di saingan awal Piala FA 2024/2025.

Empat gol JDT ketika itu masing-masing diledak oleh Fernando Forestieri, Romel Morales, Chico Geraldes, serta bintang muda Harimau Malaya iaitu Arif Aiman Hanapi.

Maka tidak hairan mengapa Jaehong meluahkan kebimbangan untuk mengharungi aksi akan datang yang juga akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Walaupun begitu, cerita kali ini mungkin akan tampil sedikit berbeza di SSI, selepas beberapa perubahan dilakukan oleh beliau buat pasukan yang berpangkalan di Kelantan itu.

KDN menjadi antara pasukan yang ‘meriah’ daripada persiapan dilakukan mereka baik daripada kuota tempatan atau import untuk memperbaiki kelemahan semasa.

“Tugasan untuk menyediakan pasukan kali ini memang berat apabila hampir sebulan pemain-pemain tidak melalui perlawanan kompetatif sedangkan pasukan lawan masih segar dengan kemenangan besar ke atas Penang FC.

“Mereka (JDT) memiliki lebih 20 pemain yang cergas dan bersedia diturunkan pada bila-bila masa. Kami juga sekadar mengadakan perlawanan pemanas badan sesama sendiri berikutan Stadium Sultan Muhammad IV masih dalam proses penambahbaikan,” kata beliau menerusi perkongsian Utusan Malaysia.

Selain itu, pengendali Korea Selatan tersebut mengakui KDN menghadapi misi sukar untuk mendapatkan mata ke atas JDT pada aksi akan datang.

“Saya akan berusaha mempersiapkan sebuah pasukan yang mempu memberi tentangan sengit kepada JDT. Kami tidak boleh terlalu menghormati juara bertahan Liga Super itu. Lawan tetap lawan.

KDN FC akan tampil sebagai sebuah paaukan yang telah berubah kali ini dan saya yakin kita boleh beri tentangan sengit,” jelas beliau lagi.

Untuk rekod, KDN kini telah pun menandatangani enam pemain baharu dengan membabitkan tiga import serta tiga tempatan untuk memperbaiki aspek serangan serta posisi penjaga gol.

Antara pemain tumpuan baharu pasukan itu membabitkan bekas penyerang kebangsaan Palestin iaitu Layth Kharoub serta bintang sayap lincah Terengganu, Hakimi Abdullah.

Sumber:
Utusan Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN