Salah satu perlawanan tumpuan Liga Super bakal berlangsung malam ini dengan membabitkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
The ultimate test awaits as we confront a formidable adversary in the Malaysia Super League: Johor Darul Takzim FC.#SriPahang #WhereLegendsAreBorn #HakkaClo pic.twitter.com/01USxAgJe7
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) May 23, 2023
Aksi kali ini boleh dianggap mencuri tumpuan ramai pemerhati bola sepak Malaysia selepas kedua pasukan tersebut unggul menghadapi 11 perlawanan sebelum itu tanpa kekalahan.
Atas kertas, segalanya berpihak kepada JDT selepas pasukan tersebut cemerlang mencatat semua kemenangan daripada 11 perlawanan liga yang dihadapi mereka untuk kekal sebagai di tangga teratas.
Manakala Sri Pahang juga tidak kurang hebat, selepas berjaya merekodkan tujuh kemenangan serta empat kali seri bagi mengumpul 25 mata serta berada di tangga ketiga carta Liga Super.
Uniknya, Sri Pahang bukanlah satu pasukan yang beraksi dengan konsisten musim ini walaupun membuat beberapa rombakan dalam barisan para pemain mereka di segenap posisi.
Namun, keputusan yang dicatat sering berpihak kepada Tok Gajah untuk terus mengelak daripada sebarang kekalahan musim ini dalam aksi liga dengan begitu bergaya.
Berada bawah kendalian Fandi Ahmad, tidak banyak perubahan dapat dilihat pada corak permainan Sri Pahang dengan mereka lebih bergantung harap kepada kemampuan individu unduk bergerak.
Berbanding JDT, pasukan yang dikendalikan oleh Esteban Solari ini tampil dengan sangat gah di segenap posisi serta menjadi satu-satunya kelab yang mendahului daripada segi jumlah jaringan selain paling kurang dibolosi.
Keputusan perlawanan malam ini boleh dianggap sangat penting kerana kedua pasukan tersebut pastinya tidak rela tewas dan ingin mengekalkan rekod tanpa kalah.
Menerusi lima pertemuan terakhir, segalanya berpihak kepada JDT menerusi kemenangan tiga kali buat pasukan tersebut selain terikat dua kali seri.
Getting match ready 👊
Get your tickets at https://t.co/4EKIFak3ZW now!
More photos at https://t.co/7T1ePY2P7W#JDT#WhatCanYouDo#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/0YunQlD24h
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 23, 2023
Musim lalu, menyaksikan Sri Pahang dan JDT terikat seri sebanyak dua kali dengan aksi menerusi keputusan 0-0 serta 2-2 untuk dua pusingan Liga Super.
Pada aksi malam ini, pemain yang menjadi tumpuan buat JDT pastinya terarah kepada penjaring terbanyak mereka iaitu Fernando Forestieri yang kini sudah pun meledak 12 jaringan daripada 11 perlawanan.
Untuk Sri Pahang, pemain tumpuan mereka pastinya mengenai ketajaman penyerang import dari Liberia yang konsisten di hadapan gol, Kpah Sherman.
Sehingga kini, Kpah telah pun mencetak enam gol secara keseluruhan buat Sri Pahang dan tampil sebagai salah satu pemain paling konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi pasukan tersebut.
Jika JDT mencatat kemenangan malam ini, maka boleh dikatakan pasukan tersebut berjaya mengekalkan rekod kemenangan ke-12 musim ini dengan cemerlang tanpa keciciran mata.
Manakala Sri Pahang juga boleh dianggap sebagai wira baharu sekiranya mereka mampu mengejutkan JDT untuk mencipta sesuatu yang positif di gelanggang lawan.