Kuching City meneruskan momentum positif mereka di pentas Liga Super 2024/2025, apabila mereka merekodkan kemenangan berharga 3-0 di laman sendiri dengan Kedah Darul Aman (Kedah) men mangsa kelab berkenaan.
Kemenangan itu diperoleh menerusi aksi tertunda Liga Super, dan ia bermula pada minit ke-17 bagi menyambung semula perlawanan tertangguh tersebut.
Ramadhan Saifullah terlebih dahulu tampil memberi ancaman pada minit ke-17, menerusi gelecekannya berjaya mengelirukan pertahanan Kedah, sebelum percubaannya sedikit tersasar tinggi dari sebelah kanan pelawat.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak jelas selesa menguasai permainan dengan para pemain tenanh berbalas hantaran, selain mereka tenang menyerap asakan cuba dicipta Kedah.
Tuan rumah terlebih dahulu memperoleh gol menerusi Ramadhan pada minit ke-20, sebelum pengadil mengesan Tchetche Kipre terlebih dahulu berada pada kedudukan ‘offside’ dan sekali gus melegakan pelawat.
Tuan rumah jelas menguasai permainan dan banyak mencipta peluang-peluang berbahaya ke arah gawang gol Sang Kenari, namun sehingga kini ia berjaya dinafikan oleh pelawat.
Ramadhan jelas memberikan banyak masalah buat Kedah, apabila pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tampil cukup lincah dan bijak memperdayakan pertahanan Sang Kenari.
Walaupun tidak banyak ancaman dibuat dan lebih banyak bertahan, kelibat Ifwat Akmal antara kerap mencuri perhatian menerusi ketangkasannya untuk menafikan setiap percubaan dibuat tuan rumah.
Sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan pengadil, Ahmad Hazwan Bakri tampil memecahkan kebuntuan tuan rumah pada minit ke-43 untuk menyudahkan hantaran lintang daripada Tchetche Kipre.
Bersambung di separuh masa kedua, Kuching City sekali lagi mencipta kekalutan buat pelawat menerusi gerakan pantas mereka untuk memburu jaringan kedua perlawanan.
Ramadhan sekali lagi membuktikan beliau antara penyebab masalah buat Kedah, dengan kali ini pemain sayap tersebut meledak gol kedua Kuchinh City pada minit ke-57 menerusi satu rembatan deras.
Jordan Mintah memastikan Kuching City mendapat kemenangan bergaya, apabila beliau meledak gol ketiga perlawanan pada minit akhir perlawanan dengan cukup cemerlang.
Keputusan kekal tamat dengan kemenangan berharga kekal menjadi milik Kuching City yang secara tidak langsung terus menambah duka buat Kedah di pentas Liga Super.
Kesebelasan Utama:-
Kuching City: Wan Muhammad Azraie Wan Teh (Penjaga Gol), Jimmy Raymond, Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar @ Muhammad, Tchetche Hermann Brice Kipre, Petrus Shitembi, Moses Atede Jona Ataluku, Ahmad Hazwan Bakri, James Onyekachukwu Okwuosa (Kapten), Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, Mohamad Alif Hassan, Yuki Tanigawa
Kedah Darul Aman: Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Penjaga Gol), Mohd Loqman Hakim Marzuki, Milos Gordic, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman, Mohd Aiman Afif Md Afizul, Muhammad Ariff Farhan Md Isa (Kapten), Mohamad Hasbullah Abu Bakar, Mohamad Heshamudin Ahmad, Muhammad Danial Tarmizi, Muhamad Kamil Akmal Abd Halim, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik