Liga Super: KL City Atau Perak Bakal Catat Kemenangan Kedua Musim Ini?

Saingan Liga Super 2023 terus berlangsung dengan salah satu perlawanan tumpuan terarah kepada dua pasukan membabitkan pertemuan antara Kuala Lumpur City (KL City) serta Perak.

Unik mengenai perjalanan dua pasukan tersebut musim ini, masing-masing baru mencatat satu kemenangan sahaja selepas mengharungi beberapa perlawanan awal Liga Super.

KL City bermula dengan tidak begitu baik pada musim ini selepas sekadar terikat seri pada aksi awal sewaktu berdepan Penang di laman sendiri.

Pada aksi kedua, pasukan tersebut masih gagal meraih tiga mata penuh, setelah giliran Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi kekalahan pertama buat skuad kendalian Bojan Hodak menerusi keputusan 0-3.

Kemenangan pertama pasukan tersebut berjaya dicatat ketika mereka menewaskan Sabah dengan keputusan 2-0 hasil jaringan T. Saravanan serta Sean Gianelli beberapa hari lalu.

Dan itulah satu-satunya kemenangan yang diraih KL City setakat ini dan mereka kekurangan satu perlawanan berbanding pasukan lain, kerana aksi bertemu Negeri Sembilan sebelum itu terpaksa ditunda.

Untuk pasukan yang baharu dinaikkan ke Liga Super musim ini iaitu Perak pula, segalanya tampak tidak begitu baik menerusi keputusan di atas padang serta persembahan ditampilkan.

Terbaharu, skuad kendalian Datuk Lim Teong Kim itu diberi pengajaran besar oleh JDT, selepas mereka tewas di laman sendiri menerusi keputusan 0-5.

Kekalahan tersebut jelas memberi gambaran sebenar, tentang Perak yang dianggap tidak begitu bersedia sepenuhnya lagi untuk mengharungi saingan Liga Super.

Malah, kemenangan tunggal mereka juga dicatat ketika Perak menewaskan Kuching City dengan keputusan 2-0 di laman sendiri pada 12 Mac lalu sebelum siri-siri kekalahan menjelma.

Berbekalkan para pemain muda yang kurang berpengalaman serta digandingkan bersama import, Lim mempunyai cabaran besar untuk menaikkan kembali reputasi Perak dalam saingan bola sepak tempatan.

Untuk aksi malam ini, pastinya kedua pasukan mempunyai misi tersendiri untuk cuba meraih kembali tiga mata yang dirindui, selain menarik semula perhatian para penyokong masing-masing.

KL City mungkin mempunyai lebih banyak peluang untuk mencatat kemenangan berdasarkan kualiti pemain serta beraksi di laman sendiri.

Namun, Perak juga pastinya tidak mahu terus tewas dengan sandaran serangan akan diletakkan kepada pemain seperti Hadi Fayyadh serta Seo Seon-ung untuk merobek gawang tuan rumah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN