Liga Super: Ketajaman Forestieri Mampu Buat Kelantan ‘Menangis’ Di SSI

Saingan Liga Super 2023 terus bersambung hari ini dengan membabitkan beberapa perlawanan, dengan salah satu aksi tumpuan menyaksikan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelantan.

Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu dijangka akan menjadi sesuatu yang sangat menarik untuk diperkatakan selepas masing-masing masih segar dengan kemenangan lalu.

JDT pastinya paling mencuri tumpuan, selepas kejayaan mereka untuk mencatat kemenangan besar 7-0 ketika mereka menewaskan Negeri Sembilan beberapa hari lalu di gelanggang lawan.

Manakala, Kelantan pula cemerlang di laman sendiri setelah berjaya mengutip tiga mata pertama mereka musim ini menerusi kemenangan pertama mereka dalam aksi Liga Super.

Atas kertas, segalanya berpihak kepada JDT menerusi pengalaman serta kualiti pemain yang pada pasukan tersebut untuk meneruskan momentum kemenangan mereka.

Walaupun begitu, Kelantan juga berpeluang untuk mencipta kejutan di gelanggang lawan sekiranya konsistensi permainan mereka mampu dipertahankan dengan baik, terutama sekali disiplin pertahanan.

Untuk aksi malam ini, tiga pemain dilihat sebagai tumpuan utama bersama pasukan masing-masing untuk menjadi tonggak penting dalam tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Fernando Forestieri (JDT)

Musim kedua di Malaysia, jelas Forestieri menjadi salah satu pemain kesayangan ramai penyokong Harimau Selatan menerusi konsistensi serta kualiti diberikan beliau dalam setiap perlawanan.

Musim ini sahaja Forestieri sudah mempamerkan ketajaman serta kreativiti terbaik beliau di hadapan gol selepas dirinya sudah meledak dua gol serta dua bantuan jaringan daripada tiga perlawanan dihadapi.

Forestieri jelas menjadi senjata utama pasukan tersebut di posisi serangan, setelah beliau dilihat tidak mengalami masalah untuk membentuk gandingan bersama mana-mana rakan penyerang.

Pada perlawanan lalu ketika menentang Negeri Sembilan, Forestieri antara pemain yang banyak menyusahkan pertahanan lawan menerusi kelincahan beliau serta mampu meledak daripada pelbagai posisi sukar.

Kehadiran beliau malam ini pastinya sudah pun dikaji oleh pasukan lawan untuk merantai Forestieri daripada bebas di zon serangan bagi mengelakkan sesuatu tidak diingini Kelantan.

Arif Aiman Hanapi (JDT)

Penyerang muda JDT ini juga sudah pun mempamerkan reaksi positif sebaik sahaja saingan Liga Super berlangsung menerusi impak diberikan beliau di hadapan gawang gol.

Arif yang muncul selaku Pemain Paling Bernilai pada tahun lalu, seolah enggan melepaskan status tersebut kepada orang lain, selepas tampil dengan sangat cemerlang dalam tiga perlawanan awal musim ini.

Dua gol serta satu bantuan jaringan telah pun direkodkan oleh pemain lincah itu untuk membuktikan mengapa beliau layak dijulang sebagai salah satu pemain terbaik masa kini di Malaysia.

Miguel Cifuentes (Kelantan)

Pertahanan baharu Kelantan musim ini iaitu Miguel Cifuentes boleh dianggap sebagai pemain import paling konsisten setakat ini bersama pasukan.

Hadir dengan pengalaman yang sangat banyak dalam saingan liga di Sepanyol, menjadikan Cifuentes tenang mengawal bola serta menjadi antara penyumbang utama gol buat pasukan tersebut.

Daripada tiga aksi dihadapi Kelantan, pemain berusia 33 tahun ini sudah pun meledak dua gol secara keseluruhan dan bijak mengawal permainan dengan cukup baik ketika ditekan pihak lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN