Saingan Liga Super 2023 terus bersambung pada malam ini dengan membabitkan perlawanan antara Negeri Sembilan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Menerusi dua kali pertemuan musim lalu, jelas kemenangan berpihak kepada JDT dan ianya pasti mahu ditebus kembali tahun ini oleh anak-anak buah K. Devan.
It's matchday! 🔥
⚽ NEGERI SEMBILAN vs JDT
🏆 Liga Super 2023
🏟 Tuanku Abdul Rahman Stadium, Paroi
🕘 21:00#NSEvJDT#LigaSuper2023#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/0bSDLoENBo— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 6, 2023
Walaupun begitu, ianya mungkin agak sukar kerana JDT juga kini berada dalam kelas tersendiri, selepas gah mengumpul enam mata daripada dua perlawanan lalu.
Manakala Negeri Sembilan pula, mereka masih lagi mencari-cari kemenangan pertama, setelah sebelum itu pasukan tersebut hanya mampu mengutip dua keputusan seri sahaja.
Cabaran besar buat Devan untuk mengatur rencana terbaik dalam misi mereka untuk sekurangnya mengelak keputusan negatif serta menghalang kemaraan pasukan pelawat.
Berikut merupakan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memberi impak besar dalam perlawanan tersebut, dengan Arif Aiman Hanapi merupakan salah seorang daripadanya.
Arif Aiman Hanapi (JDT)
Tampil dengan satu gol dan satu bantuan bantuan daripada dua perlawanan dihadapi, jelas Arif merupakan watak penting yang perlu dikawal rapi pasukan lawan.
Arif bukan lagi satu nama asing dalam bola sepak negara, setelah sumbangan beliau buat JDT jelas meninggalkan impak besar di posisi serangan sejak beberapa musim ini.
Ramadhan Saifullah 🫱🏼🫲🏽 Arif Aiman #JDTforAll #ArifAiman #RamadhanSaifullah#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/mWaGMJCbbe
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 3, 2023
Walaupun berfizikal kecil, Arif tidak hanya mengharapkan kelincahan semata-mata dengan beliau menjadi antara yang sangat licik sebelum membuat umpanan atau mencipta percubaan ke gawang gol.
Kelibat Arif pastinya disedari sebagai suatu ancaman besar buat pertahanan Negeri Sembilan, dan mereka perlu memikirkan sesuatu untuk menghalang kemaraan pemain ini.
Bergson da Silva (JDT)
Penjaring terbanyak Liga Super musim lalu ini sudah pun merekodkan satu gol daripada dua perlawanan awal dihadapi JDT ketika menentang Terengganu.
Walaupun tidak meledak sebarang gol ketika perlawanan menentang Kuala Lumpur City (KL City), pemain ini masih tampil berbahaya di hadapan gol menerusi ancaman yang dibuat beliau.
A couple of season firsts… an assist by MVP Arif for last season's top scorer Bergson to finish! 🔵🔴#Bergson#WhatCanYouDo#JDTforAll pic.twitter.com/LzJWy2vlpL
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 27, 2023
Kelebihan Bergson pastinya terarah menerusi kekuatan fizikal dan ketepatan penyerang dari Brazil ini dalam membuat rembatan di hadapan gol yang akan diberi perhatian sepenuhnya oleh pertahanan lawan seperti Mark Herold Goulon.
Herold Goulon (Negeri Sembilan)
Pertahanan kental Negeri Sembilan ini memainkan peranan dengan cukup penting ketika mereka terikat seri tanpa jaringan sewaktu berdepan Penang di gelanggang lawan.
Memasuki musim kedua bersama Negeri Sembilan, Goulon boleh dianggap sebagai pemain import yang cukup penting dalam menjayakan taktikal Devan di atas padang.
Satu mata di Paroi dalam perlawanan pertama Liga Super musim ini.
Skuad Jang membuka jaringan menerusi penyerang import, Casagrande pada minit ke-22, melalui gerakan dari Safuwan dan Mark Goulon. pic.twitter.com/3BUdonUbzw
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) February 26, 2023
Menyedari JDT yang memiliki rantaian pemain serangan berkualiti, pastinya Goulon akan memberi fokus sepenuhnya untuk menghalang kemaraan lawan daripada mendapatkan gol.