Liga Super: Kedah Tempah ‘Tiket’ Ke Asia, Menang Besar Ke Atas Melaka United

Kipre Tchetche Kedah Melaka United Liga Super 2021 tiket Asia Piala Malaysia

Akhirnya, persaingan tiga penjuru antara Kedah Darul Aman, Penang FC dan Terengganu FC untuk tiket ke Piala AFC 2022 berakhir dengan Kedah memenanginya apabila berjaya menewaskan Melaka United 4-1.

Kemenangan tersebut membolehkan Kedah menamatkan saingan Liga Super 2021 di tangga kedua dengan 43 mata, dua mata di depan Penang FC yang terikat 2-2 menentang Terengganu dalam satu lagi aksi.

Kedah turun dengan perubahan di benteng apabila kembali menggandingkan Renan Alves dan Loqman Hakim sambil mengharapkan rangkaian Kipre Tchetche, Faizat Ghazli dan Syazwan Zainon di depan.

Dengan tidak pernah menang ke atas Kedah dalam tiga pertembungan terakhir, Melaka United tampil dengan perubahan penjaga gawang dengan penyenaraian Norazlan Razali menggantikan Khairul Fahmi Che Mat.

Perlawanan yang jelas dikuasai oleh tuan rumah menerusi permainan yang lebih bertenaga. Kipre Tchetche yang menjadi penyerang utama pada malam ini dilihat beberapa kali tampil mengasak pasukan pelawat.

Akhirnya, selepas beberapa percubaan, pada minit ke-24, Kipre Tchetche berjaya menembusi gawang yang dikawal Norazlan Razali apabila menerima hantaran lambung Fadzrul Danel dan melepaskan rembatan deras.

Tidak lama selepas itu, Kipre Tchetche sekali lagi muncul sebagai penjaring buat tuan rumah di minit ke-30.

Berpunca daripada sepakan penalti selepas kapten, Baddrol Bakhtiar dijatuhkan oleh Faris Shah Rosli di dalam kotak penalti. Kipre Tchetche telah berjaya menyempurnakannya untuk gol kedua Kedah.

Kedah dilihat semakin bernafsu selepas mendahului dua jaringan, namun gagal menambah koleksi jaringan.

Babak kedua, Melaka United tampil lebih agresif menerusi beberapa asakan yang dicipta oleh Faizal Talib dan Sony Norde. Hasilnya, minit ke-60, penyerang, Adriano berjaya merapatkan jurang gol buat pelawat.

Hujan rahmat turun di Stadium Darul Aman untuk membantu Kedah meledak dua gol ketika itu. Hujan lebat itu menyaksikan Melaka United bergelut menafikan asakan yang mula dicipta oleh pasukan tuan rumah.

Minit ke-66, Baddrol Bakhtiar berjaya meledak jaringan ketiga menerusi sentuhan mudah di depan gawang selepas menerima hantaran oleh Kipre Tchetche sebelum tiga minit kemudian, pemain gantian, Fayadh Zulkifli berjaya menambah gol ke-4 buat tuan rumah untuk Kedah selesa mendahului aksi dengan 4-1.

Kemenangan sudah cukup buat Kedah untuk menempah tiket ke saingan peringkat Asia yang diidamkan mereka. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut mereka berjaya melangkah ke saingan peringkat Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN