Liga Super: Kedah Jadi ‘Korban’ Untuk TFC Layak Ke Pentas Asia

Terengganu berjaya menamatkan debaran para penyokong bola sepak tempatan mengenai status naib juara Liga Super musim ini setelah cemerlang menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) di Alor Setar.

Menerusi keputusan penuh 3-1, Terengganu tampil garang sejak awal perlawanan berlangsung untuk meledak gol menerusi Faisal Halim serta dua jaringan daripada Tchetche Kipre yang memberi pengajaran besar buat kelemahan benteng pertahanan tuan rumah.

KDA pula sekadar mendapat jaringan tunggal pada penghujung perlawanan menerusi tonggak tengah import mereka iaitu Dechi Marcel.

Hasil kemenangan tersebut juga berjaya membantu Terengganu untuk mengesahkan tempat mereka ke saingan Piala AFC tahun hadapan, apabila pencabar terdekat iaitu Negeri Sembilan dan Sabah gagal mengutip sebarang mata.

Walaupun dikaitkan bersama KDA untuk musim hadapan, jelas Nafuzi Zain langsung tidak terjejas fokus beliau untuk terus memberi tumpuan penuh buat Terengganu di gelanggang lawan.

Pada awal perlawanan, Terengganu terlebih dahulu memperoleh peluang untuk meledak gol awal menerusi Faisal Halim, apabila ada kesilapan dibuat oleh barisan pertahanan KDA.

Terengganu akhirnya berjaya memperoleh jaringan pertama mereka pada lima minit awal perlawanan menerusi Faisal Halim, setelah beliau gagal sebelum itu untuk menyudahkan peluang pada minit pertama.

Gol tersebut berpunca daripada kesilapan pertahanan KDA yang gagal untuk membaca hantaran daripada Petrus Shitembi yang mudah diambil peluang oleh Faisal untuk meledak jaringan.

Tanpa kelibat penyerang utama KDA iaitu Ronald Ngah Wanja dalam kesebelasan utama, ia jelas memberi ketumpulan buat pasukan tuan rumah dengan tidak banyak ancaman berbahaya dapat dibuat selepas 10 minig aksi berlangsung.

Tchetche Kipre terus menambah jaringan kedua buat Terengganu pada minit ke-17 selepas serangan bertali arus dibuat oleh pelawat berjaya menyebabkan pertahanan KDA melakukan kesilapan.

Terengganu jelas lebih mendominasi permainan menerusi beberapa siri serangan berbahaya terus dilancarkan untuk mendapatkan gol ketiga permainan.

Sementara tuan rumah pula sesekali mendapat peluang untuk mendapatkan gol pertama mereka, namun kecemerlangan Suhaimi Husin berjaya menafikan segala percubaan dibuat oleh KDA.

Bersambung di separuh masa kedua, KDA masih gagal untuk memperbaiki kelemahan mereka, apabila mereka masih lagi membenarkan pelawat untuk menguasai permainan dengan baik serta barisan pertahanan agak goyah.

Kipre meneruskan malam gemilang Terengganu di SDA dengan meledak gol ketiga mereka pada minit ke-74 untuk menamatkan terus cabaran tuan rumah di separuh masa kedua

Walaupun Terengganu mempunyai deretan peluang untuk menambah gol keempat perlawanan, mereka gagal untuk menyudahkan setiap ruang terbuka selain Ilham tampil lebih baik untuk menyelamatkan keadaan.

Sebaliknya KDA pula berjaya mendapatkan jaringan pertama mereka menerusi pemain import, Dechi Marcel pada minit ke-88 setelah mendapat umpanan cantik daripada Mahmoud Almardi

Keputusan perlawanan kekal tamat dengan kemenangan berpihak kepada Terengganu dengan jaringan 3-1 untuk mengetepikan KDA di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar.

Malah Nafuzi juga berjaya membantu Terengganu untuk mencatat sembilan kemenangan berturut-turut dalam aksi liga dengan konsisten sehingga ke perlawanan terakhir musim ini.

Sementara KDA, mereka gagal untuk tampil dengan siri kebangkitan pada perlawanan terakhir ini dengan mencatat lima kekalahan berturut-turut yang jelas sangat mengecewakan buat para penyokong Sang Kenari.

Kesebelasan utama

Kedah Darul Aman (KDA): Muhamad Ilham Amirullah Razali (Penjaga gol), Mohd Akmal Md Zahir, Rodney Celvin Akwensivie, Muhammad Khairu Azrin Khazali, Mahmoud Nayef Ahmad Almardi, Mohamad Al Hafiz Harun, Mohd Syazwan Zainon (Kapten), Amirul Azhan Aznan, Dechi Marcel N’Guessan, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Sanrawat Detchmitr

Terengganu: Mohd Suhaimi Husin (Penjaga gol), Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Azam Azmi Murad, Mohamad Faisal Abdul Halim, Manuel Gelito Ott, Habib Haroon Haroon Saeed, Petrus Shitembi, Tchetche Hermann Brice Kipre (Kapten), Muhammad Alif Zakaria, Pape Abdoulaye Diakite, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN