Liga Super: Kedah Bangkit Tumbangkan Selangor Di Petaling Jaya

Kedah Selangor Liga Super

Kedah Darul Aman bangkit dari ketinggalan satu gol untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Selangor dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Selasa.

15 minit pertama menyaksikan Selangor lebih banyak mendominasi perlawanan dan mendapat deretan peluang terbaik untuk menjaringkan gol pertama, namun dikecewakan dengan palang gol dan kecekapan penjaga gol pelawat Shahril Sa’ari.

Namun usaha bertali arus Selangor membuahkan hasil pada minit ke-33 apabila Oliver Buff yang menerima lorongan pendek Danial Asri bijak melepaskan rembatan untuk meletakkan Selangor di hadapan.

Kecuaian Shahril Sa’ari nyaris memberikan gol kedua buat Selangor selepas percubaannya untuk mengeluarkan bola dipintas Danial Asri, namun bernasib baik apabila bola tersebut terkena tiang.

Beberapa minit sebelum rehat, giliran penjaga gol tuan rumah Khairul Azhan menyelamatkan gawangnya dari dibocori dengan menepis keluar percubaan Faizat Ghazali untuk memastikan kedudukan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.

Beberapa pertukaran yang dilakukan oleh Kedah pada babak kedua ternyata memberikan impak positif apabila corak permainan mereka berubah dan memperoleh beberapa peluang bagi mencari gol penyamaan.

Minit ke-75 keadaan menjadi sedikit kecoh apabila pemain Selangor memprotes keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Kedah.

Tidak dapat dipastikan sama ada bantahan tersebut disebabkan dakwaan kekasaran ke atas Kpah Sherman berlaku di luar kotak penalti ataupun penyerang import Liberia itu sebenarnya terjatuh kerana melanggar kaki Tim Heubach.

Namun pengadil tetap dengan keputusannya dan Kpah Sherman cemerlang menyempurnakan peluang tersebut dengan sepakan rendah ke sebalah kiri menewaskan Khairul Azhan bagi mengikat kedudukan.

Lima minit sebelum tamat perlawanan, pemain import Kedah Tchetche Kipre menghukum kelalaian benteng pertahanan Selangor dengan gol kemenangan selepas memanfaatkan gerakan dan hantaran cantik pemain gantian Azamuddin Akil.

Tamat perlawanan, Selangor tewas buat kali ketiga musim ini dan jatuh ke tangga ketujuh liga dengan lapan mata, sementara Kedah pula mengekalkan kedudukan mereka di tangga kedua dengan dipisahkan satu mata sahaja dengan pendahulu JDT.

Kredit Foto: Kedah Darul Aman FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN