Liga Super: Kebangkitan Minit Akhir PJ City Ranapkan Impian JDT Untuk Peroleh 3 Mata

Pendahulu carta Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekadar terikat seri 2-2 bersama tuan rumah, Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), setelah mereka gagal menghalang kebangkitan lewat yang dicipta anak-anak buah P. Maniam.

Pada perlawanan tersebut, JDT berhasil memperoleh gol menerusi Bergson da Silva serta Akhyar Rashid, sementara tuan rumah mendapat jaringan hasil ledakan penyerang kebangsaan, Darren Lok  R. Kogileswaran di penghujung permainan.

Sepanjang perlawanan berlangsung, PJ City jelas gagal untuk menyaingi pasukan pelawat dari segi penguasaan bola dan kualiti individu.

Namun, mereka berjaya mengatasi masalah tersebut dengan baik di separuh masa kedua untuk mendapatkan jaringan serta mengimbangi pasukan pelawat.

Selepas lima minit perlawanan berlangsung, kedua pasukan masih lagi tidak dapat mencipta sebarang percubaan berbahaya, dengan bola jelas lebih banyak berlegar di tengah padang.

JDT jelas lebih dominan pada awal perlawanan menerusi penguasaan penuh mereka di bahagian tengah serta tidak membenarkan tuan rumah mengawal bola dengan lebih lama.

Pertahanan PJ City jelas tidak membenarkan pasukan pelawat untuk mencipta sebarang peluang atau membuat percubaan setelah mereka memadatkan pemain di bahagian bawah.

JDT memperoleh sekurangnya dua peluang untuk meledak gol setelah 20 minit perlawanan berlangsung, namun kekebalan benteng pertahanan PJ City menidakkan peluang pelawat untuk mendapatkan jaringan.

Masalah yang dihadapi PJ City ketika ini, apabila pasukan tersebut begitu mudah hilang penguasaan bola serta dilihat tidak kreatif untuk mencipta sesuatu.

Sebelum wisel rehat separuh masa pertama dibunyikan, JDT mempunyai peluang cerah untuk membuka jaringan pertama perlawanan.

Namun, rembatan Bergson dalam petak penalti sedikit tersasar keluar biarpun mempunyai peluang cantik untuk mencipta gol setelah menerima hantaran cantik daripada Arif Aiman.

Pada awal separuh masa kedua, JDT memperoleh penalti setelah hantaran ya g dibuat oleh Matthew Davies ke dalam petak penalti lawan terkena Filemon Anyie.

Bergson tidak mengalami sebarang masalah untuk mencatat jaringan peribadi beliau yang ke-22 setelah penyerang ini mudah menyempurnakan penalti, untuk meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-48.

Sesekali PJ City berjaya mencipta beberapa peluang untuk kembali mendapatkan gol penyamaan menerusi beberapa pergerakan menarik dari sebelah tepi.

Namun hantaran akhir pasukan tuan rumah jelas agak mengecewakan, selain benteng pertahanan pelawat yang agak berdisiplin untuk menghalang PJ City mara dengan lebib jauh.

Darren Lok akhirnya tampil untuk meledak gol penyamaan buat PJ City pada minit ke-73 setelah pemain tersebut menerima umpanan cantik daripada Mahali Jasuli untuk menewaskan Farizal Marlias.

Pemain gantian, Akhyar Rashid kembali menggamatkan Stadium MBPJ apabila beliau berjaya meledak jaringan kedua buat pasukan pelawat pada minit ke-85, setelah pemain ini mudah menghukum kealpaan pertahanan lawan.

Pada masa tambahan, PJ City sekali lagi mengejutkan pelawat menerusi jaringan R. Kogileswaran apabila mereka mudah menghukum kelemahan pertahanan lawan yang membuka ruang buat pemain kebangsaan tersebut mencatat jaringan.

Keputusan perlawanan kekal dengan JDT sekadar mengutip satu mata di gelanggang lawan setelah tidak mampu menyaingi kebangkitan tuan rumah pada penghujung permainan.

Kesebelasan utama

Petaling Jaya City (PJ City): Kalamullah Al-Hafiz (Penjaga gol), Aroon Kumar, Shivan Pillay, Mohammad Raffi Nagoorgani, Kannan Kalaiselvan, Mahalli Bin Jasuli (Kapten), Kumaahran Sathasivam, Filemon Anyie Standly, Darren Lok Yee Deng, Tamilmaran Manimaran, Zainal Abidin Bin Jamil

Johor Darul Ta’zim (JDT): Mohd Farizal Marlias (Penjaga gol)(Kapten), Matthew Thomas Davies, Safiq Rahim, Bergson Gustavo Silveira da Silva, Leandro Sebastian Velazquez, Shane Thomas Lowry, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, La’vere Lawrence Corbin Ong, Shahrul Mohd Saad, Arif Aiman Mohd Hanapi, Fernando Martin Forestieri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN