Liga Super: JDT Lepasi Ujian Getir Daripada Pasukan Muda Kelantan

Perlawanan ke-7 Liga Super 2018 menemukan Kelantan dan JDT. Dalam perlawanan ini, Kelantan menurunkan ramai pemain muda. Kelantan kehilangan khidmat Do Dong Hyun.

Separuh masa pertama

JDT dikejutkan oleh bekas pemain yang pernah mereka beli dengan rekod perpindahan Liga Malaysia iaitu Mohamed Ghaddar pada minit ke-11 perlawanan. Beliau menierima bola cantik menewaskan garisan pertahanan JDT.

Ghaddar tidak meraikan gol tersebut, menghormati bekas majikan beliau.

JDT kemudian menekan Kelantan yang cuba bertahan secara kompak.

Pada minit ke-35, Kelantan hilang tumpuan dan Kunanlan mendapat peluang untuk memenangi bola di dalam kotak penalti. Penjaga gol Kelantan menjatuhkan Kunanlan dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT.

Safiq Rahim mudah menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Mohammad Fikri.

Safiq Rahim / kredit foto: JST

Pada akhir babak separuh masa pertama, Syafiq Rahim dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran.

Ghaddar kemudian mensia-siakan peluang untuk menambah jaringan gol sebelum rehat.

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, Kelantan bermula dengan positif sekali lagi. Mereka menyerang kubu JDT.

Kedua-dua pasukan melakukan pertukaran awal separuh masa kedua. Shafiq Rahim dan Mohamed Ghaddar dan Faris Shah adalah 3 nama yang keliuar yang dikeluarkan dalam tempoh 10 minit pertama separuh masa kedua.

Farizal Marlias bertembung dengan Kunanlan untuk menghalang Shafiq Shaharudin menanduk hantara bahaya.

Aidil dimasukkan menggantikan Fadhli Shas yang cedera. Tidak lama selepas itu, Hazwan Bakri dikeluarkan dan Syafiq Ahmad dimasukkan.

Pada minit ke-82, akhirnya JDT mendapat gol pendahuluan menerusi Natxo Insa selepas keadaan berlaru di dalam kotak penalti Kelantan.

JDT menang 1-2 di Kota Bharu. Namun yang menarik perhatian kami adalah kualiti pemain-pemain muda Kelantan yang bermain sangat baik dalam perlawanan ini terutama di bahagian tengah.

Namun JDT ada skuad yang berpengalaman dan tahu cara untuk memenangi perlawanan.

JDT telah diberikan tentangan sengit daripada anak-anak buah Fajr Ibrahim. Ianya memang pakej kejutan untuk mereka malam ini

Tahniah JDT dan syabas Kelantan di atas kualiti permainan pemain muda anda malam ini.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN