Liga Super: Jaringan Veteren Tanjong Karang Bantu Sabah Ikat Selangor

Kelekaan pada penghujung perlawanan membawa padah buat Selangor apabila terpaksa berkongsi mata di tempat sendiri selepas diikat 2-2 oleh Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

‘Legenda hidup’ Selangor, Mohd Amri Yahyah memulakan kemeriahan di Kelana Jaya dengan gol pembukaan sebelum dua gol Ifedayo Olesegun dinafikan oleh gol pada minit-minit akhir oleh Bobby Gonzales.

Jika tidak kerana kecekapan Khairul Azhan, Selangor tentunya sudah ketinggalan hasil dari rembantan cantik Randy Baruh dari luar kotak penalti, namun penjaga gol kebangsaan tersebut lebih cemerlang untuk menepis keluar percubaan tersebut.

Penyerang verteren Amri Yahyah akhirnya memberi kejutan kepada bekas pasukannya dengan jaringan pada minit ke-31 untuk gol pertama perlawanan selepas bijak membuat larian sebelum melepaskan rembatan leret menewaskan Khairul Azhan.

Seminit sebelum separuh masa pertama tamat, suasana menjadi cemas apabila berlaku pertembungan di antara Azizan Nordin dan Shahrul Nazeem yang menyebabkan pemain tengah Sabah tersebut dilihat seperti pengsan.

Namun hasil tindakan pantas petugas perubatan kedua-dua pasukan, Azizan kembali sedarkan diri dan bangun untuk meneruskan perlawanan.

Stadium MBPJ kembali bergemuruh setelah penyerang berbisa Ifedayo Olesegun menyamakan kedudukan dengan memanfaatkan tampanan lemah penjaga gol Rozaimie Rohim dari hantaran lintang pemain gantian Nor Hakim Hassan.

Selangor yang kembali menyalakan api perjuangannya membuat beberapa pertukaran dan perubahan taktikal bagi merancakkan lagi serangan termasuk memberikan debut buat pemain import Hein Htet Aung yang dinaikkan dari Selangor 2.

Akhirnya minit ke-72 Ifedayo sekali lagi menggamatkan suasana di Kelana Jaya dengan gol kedua selepas menerima umpanan cantik pemain gantian Sharel Fikri.

Selangor berpeluang menambah gol ketiga namun dikecewakan dengan kegagalan Ifedayo menyudahkan hantaran lintang Sharel Fikiran dan tandukan Brendan Gan dari sepakan penjuru yang sekadar singgah di palang gol.

Namun kelekaan pasukan tuan rumah ketika sepakan penjuru dihukum bekas penyerang kebangsaan Bobby Gonzales yang bijak menyambut tandukan Park Taesu yang bermula dari hantaran Saddil Ramdani.

Kedudukan 2-2 kekal sehingga pengaadil Suhaizi Shukri meniup wisel penamat.

Dengan keputusan tersebut, Selangor terlepas peluang untuk memintas Pulau Pinang dan kekal di tangga keempat liga dengan mengumpul 15 mata sementara Sabah juga kekal di tangga kelapan dengan 10 mata.

Kredit Foto: Sabah FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN