Liga Super: Jaringan Tunggal Paulo Josue Cukup Beri Kehampaan Buat Negeri Sembilan Di Gelanggang Lawan

ada tag: onefootballxapple

Negeri Sembilan gagal mengekalkan momentum kemenangan mereka dalam saingan Liga Super, setelah mereka tewas di tangan Kuala Lumpur City (KL City) dengan keputusan 0-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Jaringan tunggal daripada daripada Paulo Josue pada separuh masa pertama cukup untuk mengesahkan kemenangan KL City, biarpun mendapat asakan bertali arus daripada pelawat sepanjang permainan berlangsung.

Seawal lima minit perlawanan bermula, kedua pasukan dilihat seimbang dalam menyusun atur gerakan, selain intensiti permainan agak sederhana dipamerkan.

Negeri Sembilan terlebih dahulu mendapat peluang menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti setelah Zaquan Adha dijatuhkan oleh pertahanan tuan rumah.

Namun, peluang yang cukup baik itu gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan setelah sepakan yang diambil oleh Gustavo dapat ditangkap kemas oleh Kevin Ray Mendoza.

KL City juga mempunyai beberapa peluang di hadapan gol, namun mereka juga gagal untuk mendapatkan jaringan pertama, terutama sekali menerusi percubaan daripada Zhafri Yahya yang sedikit tersasar keluar pada minit ke-13.

Negeri Sembilan jelas menguasai permainan dengan baik selepas itu untuk mengasak kubu tuan rumah secara bertali arus menerusi beberapa peluang yang dicipta.

Paulo Josue berjaya membuka jaringan pertama mereka pada minit ke-45 setelah tandukan beliau hasil sepakan sudut di sebelah kanan berjaya menewaskan Ahmad Syihan Hazmi untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Bersambung di separuh masa kedua, KL City seolah mendapat keyakinan baharu untuk lebih selesa mengawal bola dan menguasai permainan, selain cepat mematikan ancaman pelawat.

Negeri Sembilan nyata gagal untuk mencipta sesuatu dengan lebih baik biarpun ada pertukaran pemain dibuat dalam usaha untuk mendapatkan jaringan penyamaan.

Perlawanan pada separuh masa kedua juga dilihat banyak kekasaran berlaku melibatkan kedua pasukan dengan beberapa siri layangan kad kunin diberikan oleh pengadil yang bertugas.

Keputusan perlawanan kekal dengan kemenangan berpihak kepada KL City menerusi jaringan tunggal daripada Paulo Josue di separuh masa pertama.

Tiada sebarang gol terhasil pada separuh masa kedua dapat dicipta oleh kedua pasukan, meskipun intensiti permainan dipamerkan agak tinggi.

Kesebelasan utama

Kuala Lumpur City (KL City): Kevin Ray Mendoza (Penjaga gol), Giancarlo Gallifuoco, Irfan Zakaria, Kamal Azizi, Declan Lambert, Akram Mahinan, Arif Shaqirin, Paulo Josue (Kapten), Zhafri Yahya, Jordan Mintah, Romel Morales

Negeri Sembilan: Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga gol), Annas Rahmat, Mark Herold Goulon, Khuzaimi Piee, Che Rashid, Zamri Pin, Hariz Kamarudin, Omid Nazari, Zaquan Adha (Kapten), Yashir Pinto, Gustavo Almeida

Leave a Reply