Kedah terus mempamerkan karakter selaku salah satu pasukan yang mencabar kejuaraan Liga Super musim ini apabila berjaya merekodkan kemenangan keempat berturut-turut musim ini termasuk ketika mereka menewaskan Sains FC dalam pusingan pertama Piala FA 2022 lalu.
Dalam aksi semalam, giliran Sri Pahang pula menjadi mangsa skuad kendalian Aidil Sharin apabila mereka berjaya menewaskan pasukan pelawat dengan keputusan 1-0 di Stadium Darul Aman hasil jaringan tunggal pertahanan kental, Rodney Calvin.
🟢🟡
FT: KDA FC 1-0 SRI PAHANG FC
⚽ 56' Rodney Celvin KDA FC#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 #LS3 #KDASRP pic.twitter.com/jceHTMIWLx
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 6, 2022
Pada awal permainan, kedua pasukan tampak seimbang membalas serangan bagi mencari gol awal perlawanan. Namun, Kedah terlebih dahulu memperoleh peluang keemasan menerusi kapten mereka iaitu Syazwan Zainon pada minit ke-7 sebelum bola sedikit tersasar keluar.
Keputusan kekal tamat di separuh masa pertama dengan kedua pasukan gagal memperoleh sebarang gol untuk dibawa bekalan ke separuh masa kedua.
Aksi Al-Hafiz dan Manuel Hidalgo masing-masing mencuri tumpuan para penyokong apabila kedua pemain ini sering mengkucar kacirkan pertahanan lawan masing-masing dan menjadi hub kreativiti di bahagian serangan.
Menyedari Kedah memerlukan lebih tenaga di bahagian serangan, Syafiq Ahmad dimasukkan pada separuh masa kedua dan nyata hampir membuahkan hasil apabila hantaran beliau hampir dapat disudahkan oleh Fayadh Zulkifli untuk meletakkan Kedah di hadapan, namun bola sedikit tersasar ke kiri gawang gol lawan.
Pada minit ke-54, Kedah akhirnya berjaya memperoleh gol pertama mereka menerusi Rodney Calvin yang berjaya menolak masuk bola muntah Mamadou Samassa yang gagal menangkap kemas percubaan Syafiq Ahmad sebelum itu.
54' GOL | Rodney Celvin memecahkan kebuntuan di Stadium Darul Aman!@kda_fc 1-0 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/6GkT3iAJJ9
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2022
Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Sri Pahang nyata gagal bermula dengan langkah kanan bagi aksi pertama mereka dalam saingan Liga Super musim ini biarpun tampil dengan permainan yang lebih menyakinkan.
Kedah pula nyata berada dalam momentum terbaik mereka setakat ini walaupun tanpa kelibat import, Dennis Buschening dan Marc Vales dalam senarai kesebelasan utama.
Lebih mencuri tumpuan pada perlawanan malam ini mengenai aksi kemas yang ditampilkan oleh pertahanan Kedah iaitu Rodney Calvin yang dilihat tidak bermasalah mengawal jentera serangan lawan dan mempunyai kombinasi yang baik bersama pertahanan import, Jang Suk-won bagi mengatur permainan dari bawah.
Our #LS3 man of the match!
RODNEY CELVIN AKWENSIVIE #3 pic.twitter.com/VVOJRL3GDD
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 6, 2022
Gol pertama beliau musim ini juga menjadi bukti betapa Rodney amat serius dan sentiasa bersedia sekiranya nama beliau dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya oleh Kim Pan-gon.
Dalam masa sama, aksi penjaga gol Sri Pahang, Samassa juga menjadi daya tarikan bagi perlawanan malam ini.
Aksinya yang tangkas bersama fizikal tinggi lampai, menjadi kesukaran buat serangan Kedah untuk menembusi gawang gol yang dikawal beliau.
90+1' PERCUBAAN | Penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa melakukan percubaan ke arah gawang Kedah Darul Aman pada minit-minit terakhir.@kda_fc 1-0 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/J9I9wwmMjF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2022
Satu percubaan ‘voli’ beliau pada penghujung permainan juga hampir menyebabkan Kedah berputih mata di laman sendiri setelah penjaga gol import itu turut naik ke atas untuk membantu serangan.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!