Liga Super: Gol Barathkumar Sekat Impian Sri Pahang Untuk Catat Kemenangan Pertama Musim Ini

Sri Pahang terus dilanda kekecewaan apabila sekali lagi gagal untuk mencipta kemenangan sulung dalam aksi Liga Super musim 2022 setelah diikat oleh pelawat, PJ City dalam aksi yang agak kontroversi di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Seawal permainan menyaksikan penyerang berbisa PJ City, Darren Lok berjaya melepaskan satu rembatan deras dari luar kotak penalti bagi menguji penjaga gol, Mamadou Samassa sebelum ditepi keluar dan ditenangkan kembali oleh pertahanan Sri Pahang.

Sri Pahang kembali memberi tindak balas menerusi serangan yang dicipta oleh Malik Mat Arif dari sebelah kiri sebelum rembatan beliau sedikit tersasar keluar pada minit ke-4.

Billy Ketkeo hampir memberi kegembiraan awal buat Sri Pahang apabila pemain ini berjaya melepasan rembatan deras yang menarik dari luar kotak penalti sebelum bola sedikit tersasar keluar walaupun Kalamullah sudah pun tertewas pada minit ke-14.

Pasukan tuan rumah terus bernafsu bagi memburu gol pertama mereka pada musim ini dalam saingan Liga Super menerusi Manuel Hidalgo yang melepaskan rembatan deras sebelum terkena tiang gol, disusuli sepakan oleh Billy Ketkeo yang sedikit tersasar pada minit ke -23 untuk terus menekan pelawat, PJ City yang lebih banyak bertahan.

PJ City berjaya memperoleh peluang terbuka menerusi serangan balas pantas yang dicipta oleh Kumaahran pada minit ke-31 sebelum sepakan beliau dapat ditepis keluar oleh Samassa.

Manuel Hidalgo akhirnya meledak gol awal perlawanan apabila pemain tengah ini berjaya mencatat nama selaku pemain pertama buat Sri Pahang menjaringkan gol pada minit ke-37 setelah mendapat peluang gerakan solo dari luar kotak penalti tanpa sebarang tekanan diberikan oleh lawan untuk memberi peluang buat beliau melepaskan rembatan terus ke dalam gawang gol.

P. Maniam membuat perubahan dengan memasukkan tiga pemain gantian di separuh masa kedua untuk memberi nafas baharu buat pasukan dalam usaha untuk mencari gol penyamaan di gelanggang lawan.

Nasir Basharudin hampir sahaja meledak gol sendiri buat PJ City apabila tandukan ke belakang beliau nyaris mengelirukan Kalamullah sebelum bola terpaksa ditepis keluar pada minit ke-58.

Corak permainan ditampilkan kedua pasukan agak perlahan dan tidak begitu banyak percubaan menarik terhasil depan gawang walaupun Sri Pahang jelas menguasai perlawanan setakat ini.

PJ City memberi mimpi buruk buat Sri Pahang pada minit akhir perlawanan apabila secara tidak semena-mena rembatan voli jarak jauh daripada pemain gantian, Barathkumar menerjah terus ke dalam gawang bagi menewaskan Samassa pada minit ke-86 setelah Muslim Ahmad gagal mengeluarkan bola dengan lebih baik.

Kebangkitan yang dibuat oleh PJ City nyata memberi kejutan besar buat Sri Pahang untuk kembali bangkit dengan meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol pendahuluan, namun disiplin pertahanan pasukan pelawat menyukarkan anak buah Christophe Gamel untuk memburu gol yang dinantikan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Kesebelasan Utama Sri Pahang

Mamadou Samassa (Penjaga Gol)

Nicholas Ryan Swirad

Billy Ketkeophomphone

Mahmoud Saleem Mahmoud Za’tara

Abdul Malik Bin Mat Ariff

Muhammad Ashar Al Aafiz Bin Abdullah

Muhamad Nor Azam Bin Abdul Azih

Mohamad Muslim Bin Ahmad (Kapten)

Mohamad Azwan Mohd Aripin

David William Rowley

Manuel Federico Hidalgo Gasparini

Kesebelasan Utama Petaling Jaya City

Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Penjaga Gol)

Aroon Kumar Ramaloo

Mohammad Raffi Nagoorgani

Kannan Kalaiselvan

Mohamad Nasir Basharudin

Mahalli Jasuli (Kapten)

Kugan Dhevarajan

Kumaahran Sathasivam

Prabakaran Kanadasan

Darren Yee Deng Lok

Zainal Abidin Jamil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN