Selangor bakal menghadapi aksi terakhir Liga Super pada bulan Ramadan ini, dengan bakal membuat perhitungan seterusnya bersama Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Setelah mengharungi tiga perlawanan liga dengan mencatat kemenangan positif, Selangor bakal menghadapi satu lagi aksi getir buat diri mereka untuk berhadapan cabaran Terengganu.
📹 LIGA SUPER #LS9 | SELANGOR FC vs TERENGGANU FC 🏳️🏴
Coming Up Tommorrow Night :
Selangor FC vs Terengganu FC
MBPJ Stadium, Kelana Jaya
10.00 p.m.See you there!! pic.twitter.com/WG4smYs55w
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 17, 2023
Rekod semasa menunjukkan pasukan lawan juga ketika ini berada pada momentum terbaik mereka, termasuk aksi ketika Terengganu menewaskan Melaka dengan jaringan besar.
Menerusi prestasi semasa kedua pasukan ini, dijangka perlawanan bakal tampil dengan sangat sengit serta sukar diramal siapa yang akan membawa pulang tiga mata penuh selepas 90 minit aksi tamat.
The Red Giants mungkin mempunyai sedikit kelebihan buat diri mereka kerana beraksi di laman sendiri yang pastinya akan dipenuhi para penyokong yang dijangka akan membanjiri Stadium MBPJ untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Walaupun begitu, mereka juga perlu sedar tentang prestasi semasa anak-anak buah Tomislav Steinbruckner yang kini berada di tahap terbaik terutama menerusi kualiti penyudah tiga serangkai pasukan tersebut.
Gandingan antara Adisak Kraisorn, Jordan Mintah, dan Ivan Mamut setakat ini berjaya meledak lapan gol secara keseluruhan selepas beberapa kali digandingkan bersama.
Daripada tiga rangkaian penyerang tersebut, Mintah paling mencuri tumpuan dengan empat gol telah dihasilkan penyerang ini, selain Adisak serta Mamut masing-masing sudah mengumpul dua jaringan.
Jika Steinbruckner berhasrat untuk menurunkan tiga rangkaian ini lagi, maka Selangor perlu berwaspada sepenuhnya di posisi pertahanan kerana setiap penyerang tersebut mempunyai keupayaan tersendiri.
Mintah setakat ini merupakan antara penyerang paling klinikal di hadapan gol menerusi kualiti penyudah yang sangat bagus selain mempunyai kekuatan fizikal.
Untuk Adisak, penyerang kebangsaan Thailand ini membuktikan kelebihan dimiliki beliau menerusi kelincahan yang dimiliki untuk menewaskan pertahanan lawan selain bijak menghidu peluang.
Akhir sekali, Mamut yang pernah menjadi mangsa kritikan penyokong mula mempamerkan kualiti tersendiri menerusi kreativiti membuka serangan, serta bijak menyudahkan peluang dari sudut kecil.
🏴🏳️ PERLAWANAN SETERUSNYA #LigaSuper2023 : SELANGOR FC VS TERENGGANU FC 🏴🏳️
SELANGOR FC VS TERENGGANU FC
📆 18 April 2023 – Selasa
⏰ 10.00 pm
🏟 Stadium MBPJAyuh Terengganu! 🔥🔥#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/2hVUJZbARo
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 16, 2023
Untuk mengawal tiga pemain tersebut, dijangka Sharul Nazeem bakal berpasangan bersama Yazan Al-Arab serta Khuzaimi Piee untuk menyerap segala tekanan cuba diberikan pelawat.
Tan Cheng Hoe sudah pasti mempunyai rencana tersendiri untuk memastikan pasukan kendaliannya terus meraih keputusan positif dalam saingan liga serta memerangkap pelawat malam ini.