Liga Super: Gagal Manfaatkan 2 Sepakan Penalti, JDT Diikat Selangor Di Iskandar Puteri

Selangor JDT Liga Super 3

Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal memanfaatkan dua sepakan penalti selepas sekadar seri 1-1 berdepan Selangor dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Rabu.

Selangor terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah dengan gol awal pada minit ketujuh setelah Ifedayo bijak mencuri ruang untuk menerima lorongan Oliver Buff sebelum membuat rembatan dengan kaki kirinya menewaskan penjaga gol Farizal Marlias.

Namun jaringan itu langsung tidak mematahkan semangat JDT yang hanya memerlukan empat minit untuk kembali menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Bergson da Silva selepas menerima umpanan Gonzalo Cabrera dari sebelah kiri.

Peluang keemasan JDT untuk mendahului hadir pada penghujung babak pertama selepas Arif Aiman dijatuhkan Ashmawi Yakin di dalam kotak penalti, namun sepakan penalti yang diambil Cabrera melambung tinggi.

Beberapa minit sebelum tamat babak pertama, giliran Bergson pula kecewa selepas tandukannya hasil hantaran lintang Corbin Ong sekadar singgah di palang gol.

Masuk separuh masa kedua, kedua-dua pasukan masing-masing mengatur gerakan untuk memburu gol kedua termasuk membuat beberapa pertukaran pemain.

Namun nasib JDT lebih baik apabila pemain gantian Zikri Khalili melakukan kesilapan menjatuhkan Arif Aiman untuk memberikan sepakan penalti kedua buat pasukan tuan rumah pada minit ke-78.

Bagaimanapun Khairul Azhan lebih cemerlang bagi menafikan rembatan Bergson dengan melayangkan badannya ke sebelah kiri untuk menepis percubaan pemain import dari Brazil itu.

Khairul Azhan sekali lagi menjadi wira pasukannya dengan menepis keluar dua percaubaan Leandro Velazquez pada penghujung perlawanan.

Pemain import muda Ghana yang dinaikkan dari Selangor 2, Jordan Ayimbila juga seharusnya menerima pujian selepas berjaya mengawal kubu pertahanan Selangor dengan sebaiknya sepanjang perlawanan bersama Tim Heubach.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan Selangor menjadi pasukan pertama yang berjaya mencuri mata di Iskandar Puteri dan menamatkan rekod kemenangan 100 peratus JDT sejak permulaan musim ini.

Kredit Foto: Selangor FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN