Menjelang aksi minggu ketujuh Liga Super 2023 yang akan berlangsung pada Selasa ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi akan menjadi pasukan tumpuan, selepas psukan tersebut bakal membuat perhitungan bersama Perak.
Dalam aksi yang akan berlangsung di Stadium Perak itu, salah seorang penyerang berbisa JDT iaitu Fernando Forestieri menyifatkan perlawanan tersebut tidak akan berakhir dengan mudah sambil berwaspada kelibat barisan pemain-pemain muda pasukan lawan.
SUPER LEAGUE LONGEST UNBEATEN RUN
Hidup Johor Demi Johor#WhatCanYouDo#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/QaJDDDCoat
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 1, 2023
Atas kertas, segalanya berpihak kepada JDT menerusi kualiti para pemain serta pendekatan taktikal yang digunakan pasukan tersebut jelas sangat ampuh untuk ditewaskan mana-mana lawan.
Apatah lagi, Perak pula menjadi lawan yang dianggap sangat mudah buat JDT selepas kelab tersebut tampil dengan barisan pemain muda kurang berpengalaman untuk bertemu pelawat.
Walaupun begitu, Forestieri enggan mengambil mudah akan cabaran Perak, kerana kali ini mereka akan berkunjung ke gelanggang lawan yang pastinya akan mendapat sorakan padu penyokong tuan rumah.
Menurut bekas penyerang Udinese itu, cabaran yang akan dihadapi kali ini tidak akan sama seperti mereka menghadapi Sabah lalu kerana berkelebihan beraksi di laman sendiri dan mahu rakan sepasukannya mengambil langkah untuk berwaspada.
“Kita tahu pemain Perak FC dibarisi pemain muda yang mahu membuktikan sesuatu apabila beraksi di laman mereka sendiri malah kerana bagi mereka sudah tentu mahu buktikan sesuatu dan saya jangkakan ia perlawanan berintensiti tinggi dan pastinya ke arah corak permainan pantas tatkala pemain muda akan kerap berlari pada aksi itu nanti.
“Apapun, kami akan terus membuat persiapan dan tetap menghormati Perak FC malah kami harus memikirkan tentang apa yang perlu dilakukan pada perlawanan itu nanti selain berhati-hati dengan pendekatan taktikal pasukan lawan yang mungkin akan turun berbeza apabila berdepan JDT, kami juga harus fikirkan prestasi sendiri supaya tidak tertekan pada perlawanan itu nanti.
“Kami kena 100 peratus untuk memberi sepenuh fokus apabila perlawanan nanti dan setiap pasukan yang menentang JDT begitu mengidamkan untuk kalahkan kami dan pasukan lawan akan turun beraksi mungkin 200 peratus dalam usaha menutup peluang kami meraih kemenangan,” katanya menerusi Arena Metro.
Pada masa sama, Forestieri juga menyatakan setiap perlawanan dihadapi JDT umpama aksi final kerana mengakui setiap pasukan lawan mempunyai kekuatan tersendiri untuk dihadapi mereka.
Forestieri pada musim ini boleh dianggap berada dalam kelas tersendiri, selepas beliau telah pun merekodkan enam jaringan daripada enam perlawanan dihadapi bersama JDT.
An 𝒊𝒏𝒔𝒕𝒊𝒏𝒄𝒕𝒊𝒗𝒆 finish by Arif Aiman!#JDTforAll #ArifAiman#WhatCanYouDo #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/rJwhMXzO2k
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 2, 2023
Ketajaman beliau jelas sukar digugat, kerana penyerang itu lincah untuk melepasi pertahanan lawan selain mempunyai kelebihan untuk melepaskan rembatan dari sudut sukar.
Carta liga ketika ini menyaksikan JDT selesa di tangga teratas untuk mengumpul 18 mata maksimum hasil semua kemenangan bersih dicatat mereka selain hanya dibolosi satu gol.