Liga Super: Damagoj Pusic ‘Hadiahkan’ 3 Mata Percuma Buat Kedah

Liga Super
'Jingle Bells' (FC Bayern version): Kompany, Kane & Musiala sing Christmas classic Loading official content
'Jingle Bells' (FC Bayern version): Kompany, Kane & Musiala sing Christmas classic
The entire FC Bayern took part in the annual Christmas sing-along. The players and coaching staff really enjoyed showing they don’t only have good feet, but also good voices.
0 seconds of 1 minute, 23 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:23
01:23
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Arteta: 'Saka out for several weeks, and Sterling also injured' Dimitri Payet’s best moments of 2024 Juventus' best goals of 2024 Howe reflects on Villa's strength ahead of crucial clash Indian Super League: Hyderabad 2-5 NorthEast United Slot on how Mo Salah impressed most: 'He's always down to earth' Maresca: 'I was quite worried about this game' Rodgers bemoans Celtic's lack of killer touch Spurs fans celebrate Son's olympic goal vs Man United Mamardashvili's message to fans in the supporters club's dinner Abline nets twice as Nantes fire four past Drancy Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Kedah Darul Aman (Kedah) memanfaatkan peluang sebaik mungkin untuk mendapatkan tiga mata penting selepas berjaya menundukkan Terengganu 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Skuad kendalian Nafuzi Zain meneruskan rentak kemenangan sementara pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner pula gagal mencari mata selepas tewas dalam dua perlawanan berturut-turut.

Dalam perlawnaan ini, permainan lebih tertumpu di bahagian tengah yang diketuai oleh Lee Tuck untuk Kedah manakala Liridon Krasniqi bagi Terengganu dalam menyusun serangan pada pasukan masing-masing.

10 minit pertama, jelas kelihatan pasukan pelawat lebih menguasai permainan dengan serangan demi serangan untuk mendapatkan jaringan sehingga mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Kedah yang seakan-sakan terkejut dengan permainan pantas Terengganu di awal permainan berjaya mengimbangi kembali permainan dan berpeluang untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-15 namun Lee Tuck gagal menewaskan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin ketika hanya berdepan situasi 1v1.

Tuan rumah sekali lagi hampir mendapatkan jaringan menerusi Willian Lira pada minit ke-39 selepas Suhaimi gagal menangkap kemas hantaran dari sebelah kanan namun Lira gagal memanfaatkan peluang keemasan tersebut.

Terengganu mendapat peluang terbaik sebelum tamat separuh masa pertama tetapi sepakan percuma Sony Norde melambung tinggi.

Bersambung babak kedua, lima minit pertama anak-anak buah Nafuzi lebih garang apabila menekan barisan pertahanan dan hampir mendapatkan jaringan pertama.

Pemain gantian Terengganu, Adisak Kraisorn yang baru masuk hampir meletakkan pasukannya di hadapan minit ke-54 namun percubaan deras berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kedah – Kalamullah Al-Hafiz.

Perlawanan terus menarik apabila kedua-dua pasukan mempertingkatkan tempo permainan dan lebih agresif dalam menyerang namun barisan hadapan saling mengecewakan biarpun terdapat peluang terbaik.

Kedah dan Terengganu melakukan pertukaran untuk menambah kekuatan pasukan agar peroleh jaringan pertama tetapi ia masih gagal menemui sentuhan meledak jaringan.

Percaturan Nafuzi memasukan Fadzrul Danel ternyata membuahkan hasil lumayan apabila menjadi wira tuan rumah selepas berjaya mendapatkan jaringan yang dicari pada minit ke-90.

Ianya terjadi selepas Damagoj Pusic melakukan hantaran ke belakang dengan cuai sehingga berjaya dihidu oleh Lira dan seterusnya diambil dengan baik oleh Fadzrul untuk memberikan tiga mata buat tuan rumah.

Biarpun Terengganu cuba bangkit untuk mendapatkan jaringan penyamaan tetapi gagal dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat permainan.

Keputusan penuh, Kedah Darul Aman 1-0 Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN