Liga Super: Bisa Ifedayo Pastikan PDRM Atasi Cabaran KL City

Penyerang import PDRM iaitu Ifedayo terus memastikan nama beliau selaku pemain yang masih berbisa di hadapan gol, dengan kali ini beliau berjaya memastikan kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) bagi saingan Liga Super 2024/2025.

Beraksi di halaman sendiri, PDRM meneruskan momentum positif mereka untuk tidak tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut, dengan kali ini skuad kendalian Miroslav Kuljanac menjadi mangsa seterusnya.

Seawal permainan berlangsung, jelas kedua pasukan tampil sukar untuk mengawal permainan dengan masing-masing beraksi lebih berhati-hati atas faktor permukaan padang yang basah.

PDRM tampil dengan lebih dominan pada aksi separuh masa pertama menerusi penguasaan bola di bahagian tengah serta peluang ke arah gawang gol jika dibandingkan pelawat.

Kehadiran pemain serangan seperti Shahrel Fikri, Ifedayo Olusegun, bersama Bruno Suzuki jelas berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan melalui kelincahan dan persefahaman di atas padang.

Selepas beberapa asakan dibuat, Ifedayo terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke-9 menerusi satu rembatan dilepaskan pemain kelahiran Nigeria itu mudah menewaskan Azri Ghani.

Selepas itu, aksi tampil dengan lebih rancak apabila kedua pasukan meningkatkan intensiti permainan untuk memburu gol kedua perlawanan walau keadaan padang sedikit mengecewakan.

Tonggak Harimau Malaya, Paulo Josue jelas beraksi bawah prestasi sebenar apabila gerakan dicipta beliau mudah dibaca serta dihalang oleh pemain lawan iaitu Fadi Awad.

Bersambung di separuh masa kedua, KL City akhirnya memperoleh jaringan penyamaan menerusi Jovan Motika selepas beliau mendapat umpanan daripada Haqimi Azim pada minit ke-51 untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Fadi Awad akhirnya kembali meletakkan PDRM kembali di hadapan pada minit ke-65 menerusi gerakan menarik dicipta bersama rakan sepasukan lain sebelum Azri Ghani terus dikecewakan buat kali kedua.

Keputusan perlawanan tamat, dengan PDRM terus cemerlang meraih kemenangan seterusnya musim ini dengan giliran KL City pula menjadi mangsa di pentas Liga Super musim 2024/2025.

Kesebelasan Utama

PDRM: Nor Hakeem Hamidun (Penjaga Gol), Faith Friday Obilor (Kapten), Kyaw Min Oo, Bruno Junichi Suzuki Castanheira, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi, Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli, Amir Saiful Badeli, Aremu Timothy Oluwaseun, Mohd Safiee Ahmad, Fadi Mahmoud Awad Saleh

KL City: Muhammad Azri Ab Ghani (Penjaga Gol), Adrijan Rudovic, Ryan Edward Lee Kit Seng Lambert, Jovan Motika, Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, Declan Stephen Lee Kit Meng Lambert, Sean Gan Gianelli, Paulo Josue (Kapten), Muhammad Haqimi Azim Rosli, Brendan Gan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN