Liga Super: Bergson & JDT ‘Ajar’ Kedah Cara Sebenar Untuk Bermain Bola

Bergson da Silva terus memastikan nama beliau selaku penyerang paling berbisa musim ini apabila pemain tersebut berjaya memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan besar mengatasi Kedah Darul Aman (Kedah).

Pada aksi tersebut, JDT berpesta gol menerusi enam jaringan terhasil untuk mengetepikan cabaran Sang Kenari di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri yang merupakan kubu kuat Harimau Selatan.

Awal permainan menyaksikan Kedah terlebih dahulu mendapat peluang sepakan percuma menerusi Habib Haroon dari luar kotak penalti sebelum percubaan beliau jauh tersasar dari gawang gol.

Bergson terlebih dahulu membuka akaun jaringan buat JDT menerusi satu rembatan deras dilepaskan beliau untuk menewaskan Kalamullah pada minit kelapan sekali gus menggamamkan seketika kem Kedah.

Tidak lama selepas meledak gol, Bergson sekali lagi hampir menambah jaringan kedua peribadi sebelum sepakan tersebut kali ini dihalang oleh pertahanan import Sang Kenari.

Kedah jelas beraksi dalam tekanan apabila JDT lebih banyak mencipta peluang serta menguasai permainan untuk menyaksikan para pemain pelawat berada di kawasan sendiri menyerap asakan tuan rumah.

Amirul Hisyam berjaya mendapat satu peluang terbaik untuk melepaskan percubaan tepat sulung buat Kedah, namun ia berjaya diselamatkan oleh Ahmad Syihan dengan sangat baik.

Cleylton hampir mencipta kejutan buat Kedah menerusi percubaan jarak jauh selepas beliau melihat Syihan berada sedikit jauh dari gawang gol sebelum bola itu sedikit tersasar tinggi.

Bergson terus melebarkan jaringan buat JDT dengan pemain dari Brazil itu mudah mengatasi kesilapan pertahanan dibuat oleh Kedah untuk meletakkan tuan rumah kini 2-0 di hadapan pada minit ke-35.

Di separuh masa kedua, aksi bertambah rancak dengan kedua pasukan saling berbalas serangan bersama intensiti permainan juga ditampilkan cukup tinggi.

Bergson berjaya memastikan hatrik menjadi milik beliau menerusi ledakan ketiga beliau pada minit ke-64 untuk memastikan Harimau Selatan terus selesa di halaman sendiri.

Tidak lama kemudian, tiba giliran Feroz Baharudin untuk mencipta nama selaku penjaring apabila beliau tenang menggunakan skil individu untuk mengelirukan pertahanan Kedah sebelum meledak gol keempat JDT pada minit ke-74.

Selang seminit kemudian, pemain gantian JDT iaitu Murilo pula hadir mengajar Kedah cara sebenar untuk bermain bola sepak pada malam ini.

Sentuhan Afiq Fazail berjaya memastikan Kalamullah terduduk di palang gol setelah enam jaringan telah dilepaskan beliau sebelum tempoh 90 minit aksi ditamatkan.

Keputusan perlawanan kekal dengan Kedah mencipta kekalahan cukup mengaibkan di SSI kepada JDT bersama aksi cukup tidak menyakinkan.

Kesebelasan Utama

Johor Darul Ta’zim (JDT): Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga Gol), Matthe Thomas Davies (Kapten), Mohd Afiq Fazail, Nathaniel Shio Hong Wan, Bergson Gustavo Silveira da Silva, Shane Thomas Lowry, Muhamad Feroz Baharudin, Juan Muniz Gallego, Oscar Pasero Arribas, Heberty Fernandes de Andrade, Arif Aiman Mohd Hanapi

Kedah Darul Aman (Kedah):  Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Penjaga Gol), Mohd Akmal Md Zahir (Kapten), Habib Haroon H. Saeed, Milos Gordic, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam, Jose Cleylton de Morais Dos Santos, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Ebenezer Assifuah, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik, Abdul Halim Saari

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN